Belanja panda boleh bina 2000 rumah kos rendah

Thursday, 22 May 2014

Jawapan menteri umno/BN, "Kalau pembangkan tidak setuju kerana kos mahal dan membazir, mereka perlu bercakap sendiri kepada Kerajaan China untuk tolak panda itu.”

KUALA LUMPUR: Sikap kerajaan BN yang langsung tidak menghiraukan bantahan rakyat terhadap projek meminjam dua beruang panda dari China yang menelan belanja RM70 juta bagi tempoh 10 tahun terus menerima bantahan dan kritikan pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kos RM25 juta untuk pembinaan ekshibit panda itu di Taman Wetland Putrajaya, RM3 juta bayaran tahunan kepada Kerajaan China selama 10 tahun berjumlah RM 30 juta, dan RM1.5 juta kos penjagaan tahunan oleh Zoo Negara selama 10 tahun bernilai RM15 juta, adalah suatu pembaziran.

"Kerajaan membelanjakan wang rakyat bukan pada keperluan pada ketika rakyat sedang sengsara menanggung kenaikan kos sara hidup dan akan dikenakan GST bermula April tahun depan.

"Pada masa sama, masih ramai warga negara kita yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar tanpa memiliki sebuah kediaman atau kediaman yang lebih selesa untuk diduduki.

"Sebahagian besar daripada mereka juga tidak mendapat akses pendidikan kerana tidak berupaya menanggung yuran pengajian," ujarnya.

Menurut beliau, pada 2010 kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati 1,387 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang tidak mampu menyewa atau membeli rumah.

Dana RM7 juta setahun yang diperuntukkan kepada dua ekor panda itu, ujarnya mampu membina 200 rumah kos rendah berharga RM35,000 seunit.

"Dengan RM7 juta setahun juga kerajaan mampu menanggung yuran pengajian 200 pelajar universiti tempatan. Bukankah melahirkan tenaga kerja berkemahiran lebih utama daripada dua ekor beruang panda yang dipinjam dari China?" soal beliau.

Beliau turut kesal dengan reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon ketika menjawab kritikan Pakatan Rakyat terhadap projek mewah itu apabila berkata: "Kalau pembangkan tidak setuju kerana kos mahal dan membazir, mereka perlu bercakap sendiri kepada Kerajaan China untuk tolak panda itu.”

Menurut Nurul Islam, kes menyewa panda ini memperlihatkan kegagalan dan ketidakupayaan kerajaan BN menguruskan perbelanjaan negara.

"Sekiranya beginilah cara kerajaan menguruskan pendapatan negara, perkenalkanlah 1001 cukai sekalipun ia tidak akan mencukupi dan ekonomi negara akan terus bermasalah.

"Itulah sebabnya Pakatan Rakyat menekankan kepada kerajaan BN agar memperbaiki cara perbelanjaan negara dan ketirisan terlebih dahulu sebelum mengenakan cukai GST.

"Tanpa perubahan ini, wang rakyat akan terus mengalir keluar dan negara tidak akan keluar dari kemelut kewangan," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.