Penduduk asal Sabah kesal kenyataan Pengarah JPS

Monday, 26 May 2014

Hutan rizab Sabah terancam akibat pencerobohan penduduk orang asal yang mengamalkan cara hidup berpindah randah??.. Bagaimana pula dengan tindakan menteri-menteri umno terutamanya Musa Aman yang banyak terpalit dengan skandal pembalakan di Sabah? Hubungan rapat Musa Aman dengan tauke balak Micheal Chia bukan lagi rahsia, malah sudah sampai ke ICAC.. Jika bukan kerana polis, SPRM dan mahkamah dikawal oleh umno, sudah lama Musa Aman dan Sam Mannan meringkuk dalam penjara..

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) menghina Orang Asal Sabah dengan menuduh mereka sebagai ancaman dan penceroboh hanya kerana mereka mengamalkan cara hidup bertani dan berpindah randah.

Pengarah Eksekutif JOAS, Jannie Lasimbang (gambar) berkata, kenyataan Datuk Sam Mannan itu sebagai pengarah JPS adalah salah dan amat menghina Orang Asal Sabah yang tinggal dalam kawasan hutan simpan.

“Ia juga amat memalukan memandangkan Sabah dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Jaringan Perhutanan Sosial Asean (ASFN) kerana hubungan baik dengan komuniti dalam perhutanan sosial berhubung konservasi hutan dan perubahan iklim,” katanya.

Kelmarin, Sam Mannan berkata, hutan rizab Sabah terancam akibat pencerobohan penduduk orang asal yang mengamalkan cara hidup berpindah randah dan membuka tanah untuk penanaman asas.

Menurutnya, laporan Projek Mangkuwagu dalam Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) 2006 menyatakan seramai 20,000 orang di seluruh negeri tinggal dalam hutan simpan.

Kata Jannie, JOAS, Rakan Membangun Masyarakat Sabah (PACOS Trust) dan Pakatan Orang Asal SeAsia (AIPP) menggesa jabatan itu untuk membuang mentaliti yang kuno mengenai perhutanan sosial atau perhutanan masyarakat.

Strategi yang diterima secara rasmi oleh kerajaan Asean berhubung perhutanan sosial dan konservasi biodiversiti katanya, memerlukan hutan adat dan wilayah Orang Asal diiktirafkan dan dikuatkuasakan.

“Kenyataan Mannan itu menyimpang daripada objektif perhutanan sosial yang menggariskan keperluan untuk menghormati tempoh dan akses hak-hak orang Asal untuk tanah, wilayah dan sumber hutan.

“Kita mesti bergerak ke hadapan apabila ia membabitkan hak-hak orang asal di negara ini dan mengakui peranan penting mereka dalam pengurusan mapan hutan. Mereka sepatutnya dilihat sebagai sebahagian daripada penyelesaian,” katanya mengulas kenyataan Sam Mannan pada Ahad.

Berbeza dengan JOAS, model perhutanan sosial JPS kata Lasimbang, adalah bersifat jangkamasa pendek dan menganggap masyarakat sebagai ancaman kepada hutan simpan.

Presiden JOAS, Thomas Jalong berkata, mereka kesal kerana sebagai ketua Jabatan Perhutanan Sabah, Mannan tidak menunjukkan rasa hormat kepada Orang Asal sebaliknya memilih untuk memaparkan sikap dan pemikiran negatif terhadap cara hidup Orang Asal.

Sehubungan itu katanya, Orang Asal mendesak JPS memenuhi komitmennya di Asean dan memastikan konsep Perhutanan Sosial atau Perhutanan Masyarakat diperbetulkan.

Lakpa Nuri Sherpa dari AIPP berkata, tempoh pemilikan hutan komuniti mesti dimajukan dengan perancangan jangka panjang bagi memberi peluang kepada kehidupan yang lestari demi kesejahteraan generasi akan datang.”

Bagi Nasiri Sabiah daripada PACOS Trust pula, penduduk asal di Kampung Alab Lanas yang terlibat dalam Model Hutan Simpanan Ulu Sungai Milian menolak model jangka pendek JPS.

“Kami tetap cintakan tanah kampung kami, walaupun kami jadi kaya, kami tetap akan kembali ke sana. Kami tetap menolak daripada diusir keluar oleh pemegang FMU, iaitu Bornion Timber,” katanya.

Cadangan JPS untuk memindah dan mendakwa penduduk kampung di mahkamah sudah melanggar hak asasi manusia memandangkan kewujudan Hak Adat Orang Asal sudah wujud sebelum penubuhan Hutan Simpan Kelawat (KFR).

Walaupun KFR diwartakan pada tahun 1984, komuniti sudah lama menetap di Kampung Ponopuan iaitu pada tahun 70an.

Pewartaan itu melanggar prinsip Enakmen Hutan 1968 di mana salah satu peruntukannya adalah memberi notis kepada komuniti sebelum ia diwartakan.

JOAS, PACOS Trust dan AIPP sekali lagi menyatakan Enakmen Hutan 1984 (di bawah Perlembagaan Pindaan Hutan Simpan) telah mengenepikan syarat-syarat makluman dan pertanyaan yang termaktub dalam Enakmen 1968.

Mereka berkata, Dewan Undangan Negeri juga tidak sepatutnya meluluskan pindaan itu dan ia perlu dikaji semula bagi memberikan penjelasan undang-undang mengenaninya.

Kecuaian membuat keputusan menyebabkan banyak komuniti yang sengsara di bawah seliaan JPS setelah mendapati mereka berada dalam kawasan Hutan Simpan.

Ramai komuniti Orang Asal, termasuk Kampung Ponopuan dan Kampung Mangkawagu menunjukkan ihsan dengan menerima projek atau perjanjian Perhutanan Komuniti dengan JPS.

Jabatan seharusnya memegang komitmen ini dengan menonjolkan orang asal dengan cara yang positif dalam semua kenyataan dan pembabitan mereka.

Lagipun, mereka adalah pihak yang terbabit dalam strategi-strategi Perhutanan Sosial Asean bagi menjamin keberkesanan penglibatan komuniti di peringkat operasi dan menggunapakai Makluman Awal, Bebas, dan Telus (MABT) sebagai syarat minimum untuk proses pelaksanaan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.