Kota Kinabalu juga tidak selamat bagi pelancong

Monday, 26 May 2014

Jika ada yang beranggapan bahawa hanya Pantai Timur Sabah saja yang tidak selamat, tanggapan itu sama sekali tidak tepat.. Seluruh pelusuk Sabah sebenarnya tidak selamat termasuklah ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu.. Semuanya disebabkan oleh umno yang mahu menjadikan Sabah sebagai "Fixed Deposit" mereka..

Warga asing bukan sahaja dibiarkan membanjiri Sabah, malah mereka juga diberikan IC oleh kerajaan umno.. Jika ada kenyataan mana-mana menteri umno mengutuk dan mengecam kehadiran warga asing di negeri ini, semua itu hanya wayang semata-mata.. Kerana pemimpin-pemimpin umno Sabah juga tahu berapa banyak perkampungan warga asing dibina di seluruh pelusuk Sabah, dan tidak ada tindakan diambil oleh pihak kerajaan umno walaupun pelbagai desakan dan laporan dibuat..

Lazimnya, warga asing hanya akan ditangkap apabila melakukan jenayah,.. jika tidak ada jenayah, maka sampai beranak pinak lah mereka tinggal di Sabah dan seterusnya diberikan IC oleh umno.. Sebab itulah orang asal Sabah mengutuk, mengecam dan menentang kewujudan umno di Sabah.. Dan sebab itu juga orang asal Sabah mahu berpisah dari persekutuan Malaysia sebelum bencana lebih buruk menimpa Sabah..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.