Tindakan Hiew menyertai PBRS wajar dipandang positif

Thursday 15 May 2014

Walaupun umno/BN amat dibenci namun dalam hal ini, ia harus dipandang positif kerana mampu menghakis kuasa malaya iaitu DAP..

Bagi pandangan Admin Trulysabahan... Permohonan Dr.Hiew, ADUN Sabah di Luyang yang ingin menyertai PBRS WAJAR dipandang positif. Ini kerana ia bakal akan menguatkan lagi kedudukan parti tempatan Negara Sabah iaitu PBRS yang pada kebetulannya merupakan parti komponen BN.

Walaupun BN-umno amat dibenci namun dalam hal ini, ia harus dipandang positif kerana mampu mengakis kuasa malaya iaitu DAP, parti komponen PR.

Mungkin ramai yang akan mengatakan "bodoh" dengan kenyataan ini kerana BN juga pengaruh malaya kerana dikawal oleh umno. Dalam hal ini, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan saingan pengaruh malaya kerana PBRS merupakan parti tempatan Negara Sabah.

PBS harus melihat ini sebagai salah satu strategi untuk melemahkan parti-parti daripada malaya dan bukan menyalak kerana khuatiri kuasa politik PBRS bertambah kuat.

Kedua-dua ADUN yang meninggalkan pkr yang lalu juga harus diberi peluang untuk kembali kepada parti tempatan dan BUKAN UMNO!

Melihat kepada sentimen dan tahap kefahaman rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak terutamanya sekali generasi Muda, mereka kian melihat kebenaran ini dan mengalihkan sokongan moral mereka kepada parti tempatan. Parti tempatan yang jelas mendapat sokongan kini dengan bertambahnya kekuatan hari demi hari ialah parti STAR.

Sememangnya parti STAR telah memberi nafas baru untuk melihat kembali kegemilangan tersebut dikembalikan kepada empunya Negara, Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.