Rupanya beruang Panda juga layak mendapat sijil MM2H

Wednesday, 21 May 2014

Mungkinkah beruang Panda ini juga akan diarahkan membuka akaun simpanan tetap RM300 ribu dan lain-lain syarat dibawah program MM2H?

CHENGDU: Fengyi dan Fuwa, pasangan beruang panda gergasi yang akan memulakan kehidupan selama 10 tahun di Malaysia, "diberikan" sijil Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H).

Dengan 'visa' MM2H, dua ekor beruang panda itu layak secara dasarnya untuk "keluar dan masuk" Malaysia tanpa had sepanjang 10 tahun tinggal di Malaysia, sama seperti peserta MM2H yang lain, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Dr James Dawos Mamit.

Menurut program MM2H Kementerian Pelancongan, peserta bukan warga Malaysia dibenarkan perbaharui visa selama 10 tahun dan menikmati pelbagai keistimewaan lain.

"Idea ini diilhamkan oleh Kementerian Pelancongan dan satu penghormatan kepda kami untuk memberikan sijil ini kepada beruang panda berkenaan," kata Dawos kepada pemberita Malaysia semasa melawat Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Beruang Panda Dujiangyan pada Selasa.

"Dua ekor beruang panda gergasi ini merupakan "haiwan" pertama menerima visa MM2H," katanya.

Ketika ditanya sama ada tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 memberikan imej negatif kepada Malaysia, Dawos berkata kejadian itu menjejaskan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang terbabit, namun Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan warga China.

Pasangan beruang panda itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6 pagi Rabu.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.