Pemuda Gerakan Sandakan Buat Laporan Polis Terhadap ISMA

Friday, 9 May 2014

Buat laporan polis pun tiada guna.. Tinggalkan saja Barisan Nasional sebagai pengajaran kepada umno, iaitu dalang sebenar pencetus ketegangan kaum di malaysia.

SANDAKAN: Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sandakan Jumaat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Islam dan Melayu (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa boleh mencetuskan isu perkauman.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah Chan Tzun Hei berkata laporan polis dibuat untuk meminta pihak polis untuk menahan dan menyiasat Abdullah Zaik di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Sandakan berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Zaik yang dimuat naik di laman web rasmi ISMA adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan orang bukan Melayu.

Semua masyarakat Malaysia berbangga dengan keharmonian kaum yang dinikmati sejak sekian lama dan mana-mana individu tidak patut mengungkit isu perkauman yang sensitif seperti ini, katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sandakan di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.