Kumpulan penculik fasih bertutur bahasa Melayu

Thursday 8 May 2014

Fikirlah sendiri siapa pengkhianat sebenar.. Kerajaan umno asyik menyalahkan pengusaha resort, garis pantai yang luas dan kekurangan aset pertahanan.. Sedangkan merekalah bapa segala pengkhianat membawa masuk warga asing dan memberikan IC kepada warga asing untuk mengundi umno.. Mustahil kumpulan penculik ini mampu bertutur bahasa Ketuanan Melayu jika mereka tidak pernah tinggal di Malaysia..


LAHAD DATU: “Mereka (kumpulan penculik) boleh bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lancar,”… demikian kata Nus,22, yang merupakan salah seorang pekerja di Syarikat Wonderful Sdn. Bhd. di Pulau Baik (Pulau Babi), Silam.

Nus memberitahu, beberapa suspek penculik terbabit bercakap dalam bahasa Melayu ketika ingin mengetahui lokasi pengurus mereka.

Katanya, perkara itu diceritakan oleh seorang rakannya yang telah dibawa penculik sebelum dilepaskan, yang mendakwa suspek boleh berbahasa Melayu dengan baik.

“Sewaktu menanyakan di mana bilik pengurus iaitu Yang Zai Lin, 34, rakan saya mendakwa mereka (suspek) bercakap dalam bahasa Melayu dengan lancar dan mudah untuk difahami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran kawasan perairan di pusat ternakan ikan itu, di sini, kelmarin.

Kelmarin beberapa pengamal media berpeluang membuat tinjauan di sekitar pusat ternakan itu dengan menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bagaimanapun kata Nus, sewaktu kejadian dia sedang tidur selepas tamat kerja pada lewat petang dan hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 5 pagi.

Beliau berkata, pengurus mereka yang dilarikan suspek juga mempunyai perwatakan menarik, baik dan sentiasa menghormati para pekerja.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa itu, Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar Syarikat Wonderful Sdn.Bhd., Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China di Pulau Baik yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Lahad Datu.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.