Kehilangan dua warga Jerman tiada kaitan dengan Sabah

Thursday 8 May 2014

Kehilangan dua warga Jerman, yang didapati hilang daripada kapal layar mereka ketika belayar di kawasan perairan Mindanao pada 25 April lepas, tidak ada kena-mengena dengan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata insiden penculikan mereka bukan berlaku di perairan Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya di perairan Palawan, Filipina.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan serta perbincangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Gaya hari ini.

Menurut laporan Manila Times, Dr Stefan Viktor Okonek, 72, dan Henrite Dielen, 42, didapati hilang di perairan berhampiran Palawan yang terletak bersebelahan Kudat, Sabah. Mereka dipercayai diculik kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dan dibawa ke Jolo.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.