MENGAPAKAH KUOTA 30MW TARIF GALAKAN (‘FEED-IN-TARIFF’ ATAU FIT) BAGI TENAGA GEOTERMA DIPERUNTUKKAN KEPADA TAWAU GREEN ENERGY (TGE) YANG MAJORITINYA DIMILIKI OLEH PEMIMPIN UMNO SABAH TERMASUK ANAK KETUA MENTERI SABAH DIBUAT MELALUI RUNDINGAN TERUS? (DISINI)
Anggota Parlimen DAP Ong Kian Meng menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan kenapa mereka menjanjikan jutaan subsidi bagi mendukung syarikat tenaga hijau yang dikaitkannya dengan Umno.
Wakil rakyat Serdang itu berkata, penganugerahan kuota 30MW sistem tarif galakan (FiT) syarikat berpangkalan di Sabah untuk membina loji geoterma pertama Malaysia tahun lalu dibuat melalui jalan pintas berbanding proses biasa.
Sejak penubuhannya pada 2011, pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) menyiarkan kesemua 2,700 permohonan FiT di atas talian.
Bagaimanapun, penganugerahan ini hanya disahkan syarikat melalui laman web dan jawapan bertulis ketua menteri Sabah kepada pertahanan anggota dewan undangan negeri DAP.
“Saya mahu menteri dan CEO syarikat itu menjawabnya... kerana ia menimbulkan banyak perkara bermasalah,” Ong memberitahu pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.
“Loji itu menelan belanja RM500 juta untuk dibina dan pulangannya pasti lebih besar daripada itu.”
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.