Sabah kaya tapi rakyatnya miskin vs “GENERASI KELIRU”

Friday, 2 May 2014

Sabah yang dulunya dikenali sebagai negara yang kaya sumber alam, kini dikenali sebagai negeri yang kaya warga asing..


1) Rakyat Sabah merempat di bumi asing demi mencari sesuap nasi (lawatlah Shah Alam, Klang, KL, George Town, Pasir Gudang, Senai, Johor Baharu dan Kota Singa).

2) Berpuluh billion hasil daripada sumber asli Sabah tetapi semuanya diserahkan kepada Kuala Lumpur. Hasil CUKAI 100% dipunggah dan diserah sebagai UFTI kepada Kuala Lumpur. (Anak “bigfoot” di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan).

3) Rumah-rumah rakyat Sabah (kayu reput) hanya menunggu masa untuk roboh menyembah bumi tetapi rumah-rumah rakyat di MALAYA makin hari makin menjadi “BUNGALOW”. 

4) Rakyat MALAYA berbual soal HARTANAH, INSURANCE, ASET, SIMPANAN, PERNIAGAAN dan PELABURAN, tetapi rakyat SABAH hanya berbual soal Face Book, ASTRO, DRAMA KOREA, WAYANG, HAIR STYLE, HP baru dan DRESSING STYLE.

5) Rakyat MALAYA berbual soal jawatan seperti DOKTOR, PEGUAM, BUSINESSMEN, AHLI KORPORAT, HAKIM dan PELABUR tetapi rakyat Sabah hanya mampu berbual soal bila mau menoreh getah, bila mau menombak sawit, dan isu tanah NCR.

6) Rakyat Sabah terlalu “MALANG” sehingga dihulurkan bantuan yang diberi nama “Projek IC”.

7) Rakyat MALAYA sangat bertuah kerana tiada pemimpin mereka yang membiarkan PTI berlambak-lambak menghuni bumi mereka lalu mendapat IC. Sabah??? Hmmmm…Pendatang lebih ramai daripada NATIVES.

8) Big Boss MALAYA hanya di Kuala Lumpur dan mengapa Big Boss Sabah bukan di Kota Kinabalu saja? Mengapa harus menumpang pada boss orang lain?

9) Sabah itu “buruk siku”. Semua kekayaannya diserahkan kepada Kuala Lumpur kemudian MERAYU-RAYU dan MEMINTA-MINTA semula sebagai PERUNTUKAN. Kenapa tidak simpan sendiri saja kekayaannya itu? Ada lebihan barulah DERMAKAN kepada Kuala Lumpur???

10) Bukankah asalnya Sabah adalah rakan kongsi yang membentuk MALAYSIA dan mengapa kini menjadi hanya sebagai “NEGERI” dalam FEDERASI MALAYSIA?

11) Sabah mempunyai tarikh Kemerdekaan sendiri iaitu pada 31 Ogos 1963 tetapi mengapa Kerajaan Sabah sibuk pula menyambut tarikh kemerdekaan MALAYA pada 31 Ogos 1957??? Kenapa rakyat Sarawak boleh menyambut Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 tetapi rakyat Sabah sibuk berteriak dan bergembira menyambut Kemerdekaan MALAYA???

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.