Pesawat United Airlines pula mendarat cemas

Sunday, 11 May 2014

LOS ANGELES: Sebuah pesawat United Airlines melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas berlaku kebakaran kecil di dalam kokpit dan kabin semasa penerbangan ke Hawaii. 

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor, berkata penerbangan United 1296 mendarat tanpa sebarang insiden pada jam 11.38 pagi semalam (waktu tempatan), kira-kira tiga jam selepas berlepas. 

Jurucakap syarikat penerbangan United Airlines, Charles Hobart, berkata tiada kecederaan dilaporkan. 

Pesawat Boeing 757 dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kona dengan kira-kira 150 penumpang di atas kapal apabila kejadian itu berlaku. 

Jabatan Bomba dan ambulans dihantar ke lapangan terbang berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga selepas pesawat berkenaan melakukan pendaratan kecemasan. 

Hobart berkata, kesemua penumpang akan dipindahkan ke penerbangan lain dan pesawat berkenaan akan menjalani pemeriksaan teknikal oleh kru penyelenggaraan. - AP

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.