Pengakuan Najib kenapa GST dilaksanakan

Monday, 5 May 2014

Sebelum ini hanya 1 juta orang (berpendapatan tinggi) yang perlu bayar cukai. Menurut Najib cukai yang dikutip itu masih tidak cukup, jesteru GST terpaksa dilaksanakan supaya pekerja berpendapatan rendah, suri rumah, penganggur, pelajar, OKU, malahan bayi juga akan turut dikenakan cukai.. Ramai yang tidak membayar cukai sebelum ini bukan kerana mereka lari dari cukai, tetapi pendapatan mereka tidak cukup dan dibawah paras boleh cukai..


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi satu sumber pendapatan negara setelah bilangan pembayar cukai di negara ini masih rendah dan akan diteruskan, kata Datuk Seri Najib Razak, walaupun puluhan ribu berhimpun membantahnya 1 Mei lalu.

Perdana menteri berkata jumlah pembayar cukai di Malaysia hanya mencatatkan sekitar satu juta orang dan mereka membayar cukai dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar yang sepatutnya.

"GST satu cukai yang progresif dan membantu kita meluaskan pendapatan negara. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.

"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar," katanya kepada penjawat awam di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Putrajaya akan melaksanakan GST bermula April 2015 dengan kadar 6% walaupun mendapat kritikan pembangkang sekarang bukan masa yang sesuai bagi Malaysia melaksanakan sistem cukai itu. - Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.