Masalah semakin bertambah di Sabah disebabkan menteri-menteri umno/BN enggan mendengar masalah rakyat.. bila masalah itu dibawa ke sidang DUN, mereka suruh pula wakil rakyat itu duduk dan tidak memberi peluang untuk wakil rakyat itu bercakap.. tidak cukup dengan itu, dituduhnya pula wakil rakyat itu sebagai mengelirukan dewan.. bagi menutup segala kesilapan dan kelemahan mereka, wakil rakyat yang lantang membela nasib rakyat dicadangkan pula untuk dipenjarakan oleh orang-orang umno/BN..
TENOM 9 Mei - Pihak berwajib diminta supaya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kekerapan gangguan bekalan air di kawasan Taman Perumahan Kalang di daerah ini.
Bersimpati dengan nasib dialami penduduk di perumahan tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata, jalan penyelesaian konkrit perlu diambil memandangkan keadaan tersebut telah menjejaskan kelancaran urusan harian penduduk.
Kualiti kehidupan pendidik sejak akhir-akhir ini semakin terjejas ekoran gangguan bekalan air. Keadaan ini menyukarkan keperluan mereka untuk memasak, mencuci dan mandi," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk taman perumahan berkenaan kelmarin.
Jamawi berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak berwajib, namun sehingga kini belum ada tindakan konkrit dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Tambah Ketua Penerangan Pemuda UMNO itu lagi, tindakan segera bagi masalah tersebut perlu dilakukan demi kesejahteraan penduduk.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan loji air di Kampung Senagang cukup untuk membekalkan air bagi daerah Tenom dengan keperluan lebih 10 juta liter sehari manakala kapasiti loji air menjangkau 12 juta liter sehari.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.