Ketamakan punca MAS semakin tenat

Saturday, 3 May 2014

Objektif pemimpin kerajaan adalah merompak, mengikis dan menyongklap kekayaan negara..


Penyudahnya, ia berlaku kerana korupsi. Sukar memahami bagaimana syarikat penerbangan negara yang pernah memonopoli penerbangan awam Malaysia sebelum kehadiran AirAsia kini amat tenat.

Pemimpin kita hanya mempunyai satu objektif sahaja -- merompak, mengikis dan menyonglap semua kekayaan negara akibat ketamakan yang tiada hentinya -- sehingga Malaysia bakal musnah angkara mereka.

Kita sentiasa saksikan “bailout” syarikat berkaitan kerajaan dengan menggunakan wang rakyat. Pakar-pakar hanya mampu berhujah, tetapi ia tidak akan memberi kesan selagi rejim korup ini terus memerintah. Negara bakal terjerumus ke lembah hina, kerana ketamakan harta. -- Conscience

Jimmy Ng CHook: Jika sesuatu perniagaan tidak cukup wang bagi pengurusan hariannya selepas tiga dekad beroperasi, tidak kira samada ia maruah serta kebanggaan negara, perkara paling waras yang mampu dilakukan ialah menutup sahaja operasinya. Negara dan pembayar cukai tidak wajar merana bagi memastikan kelangsungan syarikat ini.

Biar AirAsia X ambil alih! Mereka boleh lakukannya!

Teik Hai Oh: Ini isu korupsi. Mereka mengikis keuntungan MAS. Mereka kemudian guna wang rakyat bagi “bailout”. Selepas itu, mereka berkata wang tiada lagi. Lantas GST diperkenalkan. Kaum Cina dituduh tidak membayar cukai. Siapa mereka ini? Kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Hitaro Low: Kesimpulannya, kita semua bakal menanggung hutangnya! Tahukah mereka menjalankan operasi? Sekumpulan si dungu yang menggaji sekumpulan si dungu lain.

Patrick Lau: Apabila pengurusannya penuh kedunguan, apa yang boleh diharapkan? Mengapa AirAsia mampu terbang tinggi, tetapi MAS gagal?

John Richard Stephens: Ini tahap pengurusan yang palinb teruk. Kita punyai sekumpulan manusia yang tidak tahu menerbangkan burung besi.

Confucius: Takpelah, kita perlu sokong MAS di saat krisis begini.

KY: Confucius, saya rasa awak setuju 10% dari simpanan KWSP anda digunakan bagi memulihkan MAS…awak memang baik hati.

Kingkongbell: Hehe…syarikat penerbangan Malaysia selama berdekad. Ia memerah wang rakyat bagi menutup kerugiannya. Ini memang tidak masuk akal.

Itu sebab mereka sering dapat keputusan negatif bagi pengaliran wang dan kini nasib semakin buruk. Anda tipu orang, anda juga akan menyesal nanti.

Noel Leong: Masih boleh buat untung. Semua pemegang saham dan bon boleh mengurangkan pegangan; minta pemberi kredit menerima saham MAS dan sebagai bayaran, suruh mereka membuat penjimatan.

Apabila modal dikurangkan, keluarkan saham baru dan dapat wang daripada pasaran; mesti ada yang teringin sangat saham syarikat berkaitan kerajaan.

Chris Frankland: Kini semua orang hangus.

Komen ini diambil dari artikel “‘Tighten your belt’ and prepare for a MAS bailout!”

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.