Selain menasihatkan rakyat supaya menambah ciri-ciri keselamatan pada kenderaan dan membantu pihak polis menjalankan pemantauan, tidak adakah usaha kerajaan untuk membersihkan Kota Kinabalu dari kebanjiran PATI?
KOTA KINABALU: Kadar jenayah bagi kawasan bandaraya Kota Kinabalu meningkat 9.59 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini yang membabitkan pelbagai jenayah berat.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kadar jenayah itu meningkat kepada 377 kes berbanding 344 kes bagi tempoh itu.
Antara jenayah itu ialah 43 kes curi motosikal, curi van, lori dan jentera berat (16 kes), mendatangkan kecederaan (10 kes), pecah rumah (tujuh kes), samun dan ragut (lima kes).
"Berdasarkan statistik, kes curi motosikal paling banyak direkodkan semasa operasi. Polis menasihatkan orang ramai yang menggunakan motosikal atau kenderaan lain supaya menambah peralatan keselamatan pada kenderaan masing-masing," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Polis turut menggalakkan masyarakat di taman-taman perumahan supaya menubuhkan jawatankuasa keselamatan perumahan bagi membantu polis menjalankan pemantauan di kawasan masing-masing.
Jauteh berkata polis juga melakukan 18 serbuan di pusat perjudian siber di sekitar Kota Kinabalu dan menangkap 33 orang berumur antara 18 dan 35 tahun sepanjang tempoh Mac hingga April lepas.
Selain itu, polis merampas 325 mesin dan komputer judi dianggarkan bernilai RM310,000 dan wang tunai RM6,229.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.