Halang Kemasukan Extremis Kaum Dari Semenanjung

Monday, 5 May 2014

Perpecahan kaum dan agama di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun yang lalu dengan menyaksikan beberapa gereja di Semenanjung dibom awal 2010..


KUCHING: Pengalaman sejak tahun 1963 jelas menunjukkan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak telah menguatkuasakan autonomi Imigresen mereka.

Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM), Daniel John Jambun berkata kuasa autonomi mesti digunakan secara bijaksana dalam menangani rakyat Persekutuan melawat Sabah dan Sarawak.

Kemasukan beberapa pemimpin NGO seperti Perkasa ke Sarawak baru-baru ini menimbulkan persoalan banyak pihak.

“Adakah kerajaan Sarawak menunjukkan kecenderungan untuk melarang beberapa pemimpin atas sebab-sebab pengaruh politik?

“Aktivis hak asasi manusia dan pemimpin politik dihalang masuk satu demi satu tetapi pemimpin seperti Datuk Ibrahim Ali dibenarkan bermaharajalela di Borneo,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa badan bukan kerajaan (NGO) ini telah melebarkan sayap mereka ke Sabah dan Sarawak dengan menggunakan agenda ‘Bumiputra’.

Perpecahan kaum dan agama di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun yang lalu dengan menyaksikan beberapa gereja di Semenanjung dibom awal 2010.

Tindakan menangani perpecahan kaum oleh kerajaan belum menampakkan kesungguhan.

“Kita tahu bahawa Umno telah memutuskan bahawa ia tidak lagi mampu untuk bertaruh ekoran keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 dan 2013 yang tidak memberansangkan,

“Ini tidak bermakna Umno tidak mempunyai cara lain memperoleh kedudukan mereka semula,

“Umno telah menggunakan propaganda perkauman dengan melaungkan isu ketuanan Melayu dan Islam dan munculnya gerakan NGO seperti Perkasa, Pekida, ISMA dan yang lain memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah orang asal, tegas Daniel.

“Apa yang kita bimbang ialah ahli politik dari Semenanjung mengeksport polarisasi kaum ke Borneo,

“Ini bermakna bahawa ia adalah penting bagi kerajaan negeri mengarahkan pihak Imigresen untuk menyenarai hitamkan semua ahli Perkasa, Pekida dan ISMA untuk menjejakkan kaki ke Borneo,

“Jika pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas mereka seperti yang diharapkan, kita akan membawa perkara terbabit kepada Mahkamah Tinggi Borneo untuk membuat penentuan muktamad,” tegas beliau.

Menurut Daniel, mereka akan menulis surat kepada Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Imigresen bagi memaklumkan pandangan mereka mengenai Perkasa, Pekida dan aktivis ISMA yang melawat Borneo.

“Untuk tujuan bersama, kita juga akan menghantar salinan kepada Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

BoPIM juga akan memantau pergerakan Perkasa, Pekida dan ISMA daripada terus meluaskan pengaruh mereka ke atas Sabah dan Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.