Sukar lenyap spekulasi AS terlibat

Saturday 12 April 2014

Selagi kotak hitam tidak ditemui, selagi itu spekulasi baharu dan lama akan terus digunakan walaupun AS mengeluarkan kenyataan penafian..

MH370, AS, Malaysia

SHAH ALAM: Pelbagai spekulasi mengaitkan Amerika Syarikat (AS) dengan insiden pesawat MH370 yang kini memasuki hari ke-35 pencarian sukar untuk dilenyapkan walaupun ada penafian daripada pihak berkuasa negara itu.

Pakar Penerbangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, namun selagi tiada bukti, tuduhan tidak boleh ditujukan ke mana-mana pihak.

Menurutnya, pelbagai spekulasi dan andaian ini muncul kerana orang ramai mahukan maklumat cepat dan akhirnya mereka memperoleh maklumat tidak tepat.

“Segala persoalan mengaitkan AS oleh sesetengah pihak sukar untuk dilupakan masyarakat walaupun mereka mengeluarkan kenyataan penafian.

“Oleh itu, selagi kotak hitam tidak ditemui, selagi itu spekulasi baharu dan lama akan terus digunakan. Justeru apabila sudah ditemui (kotak hitam) baru dapat merungkai segalanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penafian AS mengenai dakwaan pesawat tersebut mendarat dan disembunyikan di Diego Garcia.

Ditanya sekiranya kotak hitam ditemui, adakah ia perlu diserahkan terus kepada Malaysia terlebih dahulu atau negara terbabit boleh terus menyiasat data rakaman daripada kotak hitam, jawabnya perlu diserahkan kepada kerajaan Malaysia dahulu.

“Malaysia perlu melihat dulu keadaan kotak hitam itu, untuk disahkan kemudian baharu diserahkan kepada badan penyiasat untuk melihat bersama data dari kotak hitam.

“Ia telah tertakluk di dalam undang-undang di mana negara bertanggungjawab perlu menerima terlebih dahulu kotak hitam itu sebelum pihak lain boleh menelitinya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.