Hanya tanggalkan iklan dan tamatkan nombor telefon?

Sunday 27 April 2014

Terbukti!! Kerajaan umno/BN hanya berani tanggalkan iklan dan tamatkan nombor telefon ceti haram, tapi takut ambil tindakan terhadap pemilik sebenar iklan dan ceti haram.. Apakah fungsi polis hanya untuk menanggalkan iklan haram? Kenapa pemilik ceti haram atau ah long ini tidak diberkas dan dikenakan tindakan undang-undang? Nombor telefon sudah tertera tapi malangnya tidak ada tindakan dikenakan terhadap pesalah.. Alangkah bodohnya kerajaan kononnya mereka memandang serius perkara ini tetapi gagal mengambil tindakan tegas terhadap pemilik iklan haram..


PENAMPANG: Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menampal pelbagai iklan haram terutama pelekat ceti haram atau ah long di kawasan daerah ini agak serius hingga mengotor dan menjejaskan imej daerah itu terutama dalam kalangan pelancong.

Pegawai Daerah Penampang, William Sampil menegaskan bahawa pihaknya akan memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menamatkan perkhidmatan nombor telefon yang tertera dalam iklan haram tersebut.

"Iklan haram yang ditampal dan digantung di kawasan strategik seperti dinding bangunan, tiang lampu, penanda jalan dan pokok-pokok telah merosakkan imej daerah berkenaan," katanya kepada pemberita yang menyertai Operasi Bersepadu bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Daerah Penampang menanggalkan poster dan iklan ha­ram berhampiran Jalan Bundusan, Damai Club di sini semalam.

Tambah William, sepanjang bulan Februari hingga bulan ini, pihaknya bersama-sama polis telah menanggalkan sebanyak 563 keping iklan dan yang paling ba­nyak ialah iklan ah long.

"Kami mengambil serius permasalahan ini dan sesiapa yang didapati terlibat dengan segala bentuk iklan haram boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan 1978," katanya. - Utusan Online

2 comments:

  1. PENAMPANG DIKUASI OLEH KERAJAAN PARTI KEADILAN RAKYAT DAN BUKAN DIBAWAH KUASA KERAJAAN B.N..

    SEBAB PARLIMEN ITU PKR PUNYA t_t....

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan kerajaan seperti majlis daerah penampang dan polis penampang dikuasai oleh PKR juga ka??? masalah ni bertahun2 sudah bro.. bukan tahun lepas..

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.