Penduduk bina jalanraya sendiri

Wednesday, 23 April 2014

“Mereka tidak pernah melawat kami atau bertanya mengenai kesusahan kami, Hidup kami sangat susah untuk menjual hasil jualan getah dan lada atau pergi membeli keperluan di Pasar Betong dengan keadaan jalan yang teruk ini,”

BETONG: Kehidupan penduduk rumah panjang (RH) Perdu dalam DUN Layar berdepan kesukaran untuk bergerak ke jalan besar mereka.

Menurut seorang penduduk Bujang Belelang (nama samaran) berkata jalan yang dibina pada tahun 2010 merupakan atas inisiatif penduduk RH terbabit.

Katanya, jalan yang ada merupakan jalan tanah dan berlumpur jika hujan melanda kawasan terbabit.

“Kami menyambung jalan terbabit dari RH Ulu Akup ke jalan RH Ng Muman,” katanya.

Beliau menambah jalan yang ada tidak boleh digunakan semasa hari hujan kerana berlumpur dan ini mendatangkan masalah keselamatan kepada penduduk rumah panjang,

“Sudah berpuluh tahun, kami penduduk RH Perdu menggunakan pengangkutan air iaitu perahu dari Ng. Spak menuju ke Ng. Muman,” lanjut beliau.

Beliau menambah mereka terpaksa berjalan kaki jika membawa muatan makanan dan barangan lain.

“Berlaku kesulitan jika berlaku kecemasan contohnya jika ada penduduk sakit tenat atau ibu bersalin yang memerlukan rawatan segera ke hospital.

RH Perdu mempunyai 13 pintu yang didiami 13 keluarga atau kira-kira 62 orang belum termasuk mereka yang bekerja di tempat lain.

Penduduk juga dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan mereka sebanyak RM1300 sekeluarga atau RM16,900 untuk mengupah kontraktor tempatan membina jalan tidak berbatu.

DUN Layar dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang sejak 24 Ogos 1974 apabila beliau mengalahkan Datuk Stephen Kalong Ningkan (SNAP) dengan majoriti 504 undi.

Bujang berkata sejak merdeka tiada wakil rakyat melawat mereka.

“Mereka tidak pernah melawat kami atau bertanya mengenai kesusahan kami,

“Hidup kami sangat susah untuk menjual hasil jualan getah dan lada atau pergi membeli keperluan di Pasar Betong dengan keadaan jalan yang teruk ini,” lanjut beliau.

Untuk ke Pasar Betong, mereka terpaksa mengambil masa dua jam tetapi jika musim hujan masa yang lebih lama perlu diambil.

Penduduk kampung atau rumah panjang yang lain terbabit enggan mengulas lanjut mengenai masalah ini dan berharap pihak berkaitan mendengar masalah mereka.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.