Musa Aman pernah mengetuai jawatankuasa khas bagi mendaftarkan pendatang haram sebagai ahli Umno..
Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari dan mendaftarkan pendatang haram sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram.
Dr Chong berkata, maklumat ini diberikan kepadanya oleh Jabar Khan yang juga setiausaha kepada jawatankuasa ditubuhkan pada 1991 itu. Jabar memberitahu di Parlimen pada Febuari 2007 bahawa 400,000 kad pengenalan telah dikeluarkan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Musa Aman.
Daripada 400,000, hanya 20 peratus dikeluarkan kepada bukan Islam sementara selebihnya kepada orang Islam. Dr Chong menyatakan kebanjiran pendatang haram di Sabah telah memberi kesan keatas hak ekonomi sosial penduduk tempatan dan kedudukan demografi Sabah juga turut berubah ekoran daripada tindakan Umno itu. - Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.