Hudud: Masyarakat Sabah tidak perlu risau

Thursday 24 April 2014

Rakyat Sabah tidak perlu bimbang akan perlaksanaan undang-undang hudud kerana ia bergantung kepada masyarakat Sabah sendiri sekiranya mahu menerima atau menolak undang-undang hudud..


KOTA KINABALU: Perlaksanaan undang-undang hudud tidak akan memberi kesan kepada penduduk Sabah dan tidak dilaksanakan sekiranya ia tidak mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan, menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain.

“Rakyat Sabah tidak perlu bimbang akan perlaksanaan undang-undang hudud kerana ia bergantung kepada masyarakat Sabah sendiri sekiranya mahu menerima atau menolak undang-undang hudud,” katanya, dalam temu ramah telefon pada petang Isnin.

Mohamad, yang juga Ketua Penerangan Perhubungan PAS Negeri Sabah mengakui ada masyarakat lain yang tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud, tetapi mengingatkan bahawa mereka harus setuju setiap orang ada hak mengamalkan agamanya masing-masing

Beliau juga menerangkan bahawa, perlaksanaan undang-undang hudud hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja di negeri Kelantan, di mana Dewan Undangan Negeri tersebut telah meluluskan enakmen Syariah dan disahkan oleh Sultan Kelantan.

Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan perlu mendapat kelulusan parlimen untuk melaksanakannya.

Mohamad juga melihat usul yang dikemukakan oleh PAS di Dewan Rakyat tidak boleh dihalang kerana ia adalah satu proses demokrasi dan berharap pandangan tersebut tidak dikelirukan oleh orang lain.

Beliau juga secara peribadi mempersoalkan akan penerimaan masyarakat lain ketika kedatangan sistem demokrasi barat ke rantau tetapi mereka tidak menerima akan undang-undang hudud ini yang dikatakan telah dilaksanakan di beberapa buah negara lain.

Mohamad juga berkata, tidak ada persoalan penerimaan masyarakat Islam melainkan masyarakat bukan Islam di Sabah akan perlaksanaan undang-undang ini.

Beliau melihat perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan bukanlah satu perkara yang penting di Sabah kerana ada perkara lain yang lebih penting seperti isu keselamatan perairan Sabah, merujuk akan kejadian penculikan pelancong oleh kumpulan bersenjata dari Filipina.

Usul persendirian PAS yang akan dibawa ke parlimen membolehkan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan mendapat tentangan yang kuat dari pemimpin terutamanya di Sabah kerana ia dikatakan bercanggahan dengan prinsip Perjanjian Malaysia 1963.

Hak Pas

Selain itu, ia dilihat akan memberi kesan kepada perjanjian 20 yang melihat pengecualian perlaksanaan agama rasmi bagi negeri Sabah walaupun tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama rasmi persekutuan.

Kenyataan yang menolak usul itu di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) melihatkan pendapat yang sama antara kedua-dua parti yang bertentangan yang jarang sekali berlaku.

Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan, kerjasama ini tidak terlihat ketika isu pengharaman penggunaan perkataan “Allah” dalam pencetakan Kitab Kristian yang mendapat tentangan daripada sesetengah pemimpin di negeri ini.

Walaupun adanya pertentangan , ada pemimpin menghormati dan melihat tindakan tersebut adalah hak PAS sekiranya ia adalah kemahuan rakyat di negeri Kelantan.

“Saya berpendapat PAS berhak membentangkan rang undang-undang tu jika itulah kemahuan majoriti penduduk di Kelantan,” kata wakil Parlimen Penampang, Darell Leiking yang juga merupakan timbalan setiausaha agung (PKR).

Beliau yang dilaporkan akan membantah usul PAS di sidang parlimen pada Jun, sebaliknya memahami keadaan yang dihadapi oleh PAS kerana juga bertanggungjawab membawa hasrat rakyat Sabah ke Parlimen kira bertapa sukar bagi negeri lain di Semenanjung untuk memahaminya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.