Tiga sekolah daif di DUN Sulabayan

Friday 25 April 2014

SK Balimbang, SK Terusan Tengah dan SK Hampalan hanya sebahagian daripada sekolah yang berusia lebih 50 tahun dan masih digunakan di Sabah..


SEMPORNA: Wakil Rakyat Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambukang merayu supaya Kementerian Pelajaran menyegerakan pembinaan semula beberapa bangunan sekolah di kawasan berkenaan yang uzur dan daif bagi memberikan keselesaan kepada pelajar dalam pembelajaran mereka.

Antara Sekolah yang ketika ini amat memerlukan pembaikan segera dan naik taraf SK Balimbang, SK Terusan Tengah dan SK Hampalan di mana bangunan ketiga-tiga sekolah berkenaan dibina pada 50 tahun lalu (1960an).

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di perkarangan SK Hampalan baru-baru ini yang dihadiri oleh Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 19 buah sekolah.

Katanya, pembinaan bangunan baharu sekolah-sekolah berkenaan adalah perlu seiring dengan transformasi Pendidikan Negara yang kini masuk ke era lebih canggih dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru serta murid.

“Perkembangan sektor pendidikan negara kita sudah semakin maju dan bertaraf global namun dalam masa sama di kawasan Sulabayan ini masih terdapat sekolah- sekolah yang bangunannya uzur yang diperbuat dari kayu yang dibina sebelum merdeka lagi.

“Namun dalam keadaan demikian daif, ketekunan para guru yang tidak menjadikan infrastruktur sekolah sebagai penghalang kepada komitmen mereka untuk mendidik anak bangsa di luar Bandar untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran,” katanya.

Selain kehadiran lebih 200 ibu bapa, turut hadir di majlis itu, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Datuk Merry Yapp.

Sementara itu, pada majlis itu Dr Jaujan yang juga Pengerusi Giat Mara Sabah turut menyampaikan sumbangan geran peruntukan aktiviti kepada 19 badan PIBG termasuk sekolah menengah dan sekolah berasrama yang bernilai RM10,000 setiap satu. Turut menyumbang Datuk Mohd Shafie Afdal, Ahli Parlimen Semporna bagi PIBG melaksanakan aktiviti mereka.

Dalam pada itu, pemimpin PIBG terbabit merakamkan penghargaan kepada pemimpin mereka yang prihatin terhad perlukan pembelajaran kalangan rakyat di Sulabayan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.