Celahan Rahim bangkit kemarahan rakyat Sabah

Friday 25 April 2014

Datuk Abdul Rahim Ismail mencelah ucapan Jeffrey ketika beliau membentangkan isu keselamatan dengan mengatakan bahawa Jeffrey sepatutnya tidak boleh berada dalam DUN dan beliau sepatutnya berada dalam jel.


KOTA KINABALU: Video perdebatan Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dimuat turun oleh North Bornean (bukan nama sebenar) di youtube menarik perhatian pengguna laman sosial.

Ucapan perbahasan Jeffrey Kitingan pada 14 April yang lepas diganggu segelintir pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

Sehingga kini, video terbabit telah mendapat 10,317 penonton.

Beliau yang mewakili DUN Bingkor telah membangkitkan isu-isu rakyat yang selama ini hanya didengari di luar DUN.

Salah satu perkara yang berlaku ialah apabila ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail mencelah ucapan Jeffrey ketika beliau membentangkan isu keselamatan dengan mengatakan bahawa Jeffrey sepatutnya tidak boleh berada dalam DUN dan beliau sepatutnya berada dalam jel.

Kenyataan Rahim tersebut membangkitkan kemarahan rakyat Sabah kerana ucapannya tersebut adalah lebih kepada bersifat ugutan dan menakut-menakutkan pemimpin Sabah yang menyuarakan suara rakyat.

“Jeffrey adalah pejuang sebenar rakyat Sabah. Jika beliau hanya perjuangkan diri sendiri, beliau lebih dulu jadi menteri penuh daripada menteri-menteri Kadazan Dusun Murut Rungus (KDM) yang ada sekarang ini,” ujar Rm Roman.

Lucin Muyat pula berkata, “Boleh guna apa saja cara untuk capai sasaran dan tujuan perjuangan, yang penting tidak bercanggah dengan sistem demokrasi.”

Sementara itu, Johney Malibin juga menambah agar rakyat Sabah untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut sumber, melalui tinjauan kasar yang dilakukan, sokongan dan kepercayaan rakyat Sabah terhadap kredibiliti Jeffrey yang juga Pengerusi STAR Sabah telah meningkat.

Persepsi yang negatif terhadap beliau selama ini telah lenyap sebaik sahaja melihat video tersebut yang telah memaparkan juga penglibatan Ketua Menteri serta timbalannya dalam operasi pemberian IC atas arahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 1990-an.

Sumber juga mengatakan bahawa pihak Polis sedang mencari orang yang telah memuat turun video terbabit ke dalam media sosial.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.