Walaupun Datuk Dr. Jeffrey Kitingan "melompat" dari parti-parti politik, namun agenda perjuangan beliau tidak pernah "melompat" sehingga kini..
Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr.Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu "melompat" seperti "katak" berpindah parti. Mereka yang memberi komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr.Jeffrey.
Walaupun Datuk Dr.Jeffrey "melompat" dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau tidak "melompat" dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politiknya seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu...
Ini penjelasannya...
Pertama sekali, beliau telah meninggalkan PBS kerana beliau tidak sanggup untuk melihat abangnya sengsara kerana mendapat tekanan daripada kerajaan persekutuan malaysia/malaya kepada kerajaan negara Sabah... Untuk sebab itu, beliau telah keluar daripada PBS agar abangnya mendapat ketenangan daripada gangguan malaya... Dan ini adalah ceritanya...
Beliau mahu pergi ke KK dari Tambunan untuk urusan yang sangat-sangat penting (mengkaji semula perjanjian malaysia, minyak & gas dan 20 Perkara Negara Sabah) tetapi tidak mempunyai kereta sendiri kerana itu syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya. Bukan dia tidak mahu beli tetapi tidak kena kasi jual dengan dia. Maksudnya disini, dia mahu memperjuangkan agenda borneo tetapi tidak mempunyai parti politik dia sendiri. Bukan tidak mahu buat parti dia sendiri tetapi tidak kena kasi lulus oleh badan pendaftar parti politik, itu ROS atas arahan malaya.
selepas itu, seorang pemilik kereta, si Datuk Mark Koding kasi guna kereta dia (parti AKAR) supaya beliau dapat sampai ke KK untuk urusan yang sangat-sangat penting itu. Dan tidak lama kemudian, pemilik kereta itu kasi terus itu kereta dengan dia. Bah, apa lagi, gembira lah Datuk Dr.Jeffrey. Dia terima kereta tu dan terus kasi bikin bagus. Tapi tiba-tiba, ada orang dalam kereta yang bernama datuk pandikar amin tuntut hak milik kereta pula. Dia cakap yang dia lagi berhak keatas kereta tu. Terus berlaku perebutan kunci dan ini membuatkan Datuk Dr.Jeffrey kasi tinggal tu kereta walaupun baru sampai gunung Alab. Tapi yang pelik dan hairannya, pemilik baru kereta tu sanggup kasi bakar/hapus tu kereta daripada kasi dengan Datuk Dr.Jeffrey sebaik sahaja dia berjaya merampas kereta tersebut.
Maksudnya, Datuk Mark Koding kasi Datuk Dr.Jeffrey parti AKAR untuk berjuang tetapi tiba-tiba si pandikar amin tuntut hak pemilikan parti tersebut bahawa dia yang empunya parti itu. Dan Datuk Dr.Jeffrey berjuang untuk mempertahankan kesahihan pemilikan parti itu kerana telah diberikan oleh datuk Mark Koding kepada beliau. Tapi akhirnya, datuk Dr.Jeffrey meninggalkan parti tu kerana tidak mahu memanjangkan masalah tersebut. Sebaik sahaja pandikar berjaya ambil tu parti akar, terus si pandikar amin kasi bubar parti akar.
Tidak lama lepas tu semasa dalam perjalanan kaki pigi KK dari tambunan, ada kereta tiba-tiba berhenti dan kasi tumpang dia kereta (datuk joseph kurup kasi dia parti PBRS) supaya dia bule sampai ke destinasinya. Tapi awal-awal lagi pemilik kereta tu kasi tau dengan Datuk Dr.Jeffrey bahawa kereta dia tu tidak brapa bagus dan perlu diperbaiki. Dengan senang hati datuk Dr. Jeffrey sekali lagi memperbaiki kereta tu agar bule sampai ke KK. Tetapi semasa dalam perjalanan, baru sampai moyog, pemilik kenderaan itu berubah hati. pemilik kereta tu tiba-tiba tidak mahu meneruskan perjalanan bersama dengan Datuk Dr.Jeffrey. Mahu tidak mahu, Datuk Dr.Jeffrey pun terpaksa keluar daripada kereta tersebut kerana tidak mungkin dia akan sampai ke KK kalau terus bersama-sama dengan kereta tu.
Jadi sekali lagi dia berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan tersebut pergi ke kk, dan tiba-tiba ada kereta yang lebih besar yang berasal daripada malaya (anwar) kasi tumpang dia kereta (parti PKR) dan memberi jaminan bahawa dia akan sampai ke KK dengan keretanya. Datuk Dr.Jeffrey pun naik agar bule sampai ke KK. Tapi selepas beberapa seketika, Datuk Dr.Jeffrey perasan yang pemilik kenderaan tu tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan datuk Dr.Jeffrey.
Pemilik kereta tu juga sudah tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan deklarasi Tambunan dan juga tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr.Jeffrey akan sampai ke KK. Atas sebab itulah datuk dr.jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut.
Jawapan kepada mereka yang mengatakan tentang mengapa DDJK menggunakan parti dari Sarawak...
"Sabah dan Sarawak mempunyai sama hak dan kedudukan dalam malaysia. Sebab itu Sabah dan Sarawak patut bekerjasama untuk menuntut hak. Apa salah saya gunakan parti daripada Sarawak sedangkan kamu menggunakan parti daripada malaya???"
Cerita dongeng
ReplyDelete