13 isu hantui SMK Paris sejak 12 tahun lalu

Monday, 28 April 2014

Ardain turut mengaitkan laporan terbaru pembinaan sekolah itu sebagai berkemungkinan satu lagi ‘episod sekolah menengah dongeng’, seperti mana dibangkitkannya dalam beberapa siri ucapan PIBG SMK Paris sebelum ini..


PARIS, (Sukau): Lebih 500 pelajar dan 34 orang guru di sebuah sekolah menengah di sini terus berhadapan kesukaran menunaikan pengisian tanggungjawab apabila tiga belas isu meliputi kekurangan kemudahan ‘menjejaskan’ pencapaian pendidikan rakyat kawasan luar bandar itu sejak 12 tahun lalu.

Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Saddi turut diberi laporan Pengetua dan YDP PIBG berkenaan bahawa bangunan baharu SMK Paris bakal dibina kerajaan dan dijangka disiapkan dua tahun akan datang.

“Bagaimanapun kedua-dua pihak ini memperlihatkan kurang yakin ke atas laporan itu. Ia kerana hasrat membina SMK Paris sudah mula dicadangkan sebaik saja SMK Paris mula beroperasi 12 tahun lalu, sekitar awal Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9),” kata Saddi.

Saddi berkata, beliau juga sudah menyuarakan desakan membina bangunan baharu SMK Paris, diikuti tuntutan membina bangunan konkrit SMK Sukau dan SK Sukau di beberapa persidangan Dewan Undangan Negeri termasuk baru-baru ini.

Bagaimanapun, tambahnya, jawapan pihak kerajaan di atas cadangan itu kurang memuaskan kerana kesemua cadangan itu hanya akan dipertimbangkan semula pada pelan pembangunan kerajaan akan datang.

Pada pertemuan itu, Ardain turut mengaitkan laporan terbaru pembinaan sekolah itu sebagai berkemungkinan satu lagi ‘episod sekolah menengah dongeng’, seperti mana dibangkitkannya dalam beberapa siri ucapan PIBG SMK Paris sebelum ini.

Wakil Rakyat Dun Sukau itu kemudiannya menyatakan harapannya supaya pihak kerajaan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri melihat masalah kekurangan bekalan elektrik dan ketiadaan dewan berbumbung sebagai keutamaan untuk segera diselesaikan.

“Atas nama kepentingan rakyat kawasan ini, khususnya sejumlah para pelajar dan guru-guru terlibat, saya merayu Jabatan Pelajaran Negeri agar masalah utama berkaitan elektrik ini dapat diselesaikan. Lebih-lebih lagi kos menyelesaikan masalah itu hanya lebih RM100 ribu, namun ini tidak termasuk menyediakan pusat himpunan berbumbung itu yang juga amat diperlukan ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, kata Saddi, beliau juga akan mencari jalan mengemukakan masalah tersebut kepada pihak terlibat agar berjaya menemui penyelesaian segera.

“Saya penuh yakin dan percaya jika masalah ini diketahui Kementerian Pelajaran dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Jame Alip ia akan dapat diselesaikan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.