MH9948 Patah Balik Susulan Kegagalan Gear Pendaratan

Thursday, 24 April 2014

Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas..


KUALA LUMPUR: Firefly Airlines hari ini mengesahkan penerbangan FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Baharu, Kelantan pada 6.55 pagi tadi berpatah balik selepas mengalami kegagalan memasukkan semula gear pendaratannya.

Penerbangan itu yang berkongsi kod penerbangan dengan Malaysia Airlines MH9948 selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi dan semua 64 penumpang serta empat kru berada dalam keadaan selamat, kata syarikat tersebut dalam kenyataan, di sini.

"Ini merupakan pendaratan biasa, justeru tidak membabitkan pengerahan pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu penerbangan pesawat tersebut dijadualkan semula dan berlepas dari Pulau Pinang pada 8.50 pagi tadi serta selamat tiba di Kota Baharu sejam kemudian. - BERNAMA

“Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 minit, kapten mengumumkan kami berpatah balik.

"Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas,” kata penumpang Phuah Kylie kepada Malaysiakini pagi ini.

Semakan dengan petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan bahawa pesawat itu ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih tidak boleh dilakukan dalam masa ditetapkan.

Penumpang pesawat penerbangan FY1002/MH9948 dipindahkan ke pesawat lain selepas menunggu selama kira-kira satu jam di lapangan terbang tersebut, dan berlepas pada jam 8.50 pagi.

Pesawat yang baru ditukar itu tiba di Kota Bharu sejam kemudian. - Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.