Undang-undang ‘diubah’ untuk mengambil kekayaan Borneo

Tuesday 29 April 2014

Minyak dan gas di Sabah dan Sarawak adalah kepunyaan mereka sendiri dan tidak pernah dinasionalisasikan tetapi dipaksa melakukannya melalui pengisytiharan darurat..


KUCHING: Kerajaan Persekutuan telah ‘memaksa’ Sabah dan Sarawak menyerahkan minyak dan gas mereka melalui pengisytiharan darurat pada 15 Mei 1969.

Setiausaha Agung Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR), Zainnal Ajamain berkata Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan persekutuan melakukan nasionalisasi minyak dan gas mereka.

“Nasionalisasi sering bermaksud proses mengambil industri swasta atau aset swasta menjadi pemilikan awam,

“Minyak dan gas di Sabah dan Sarawak adalah milik kepunyaan mereka sendiri dan tidak pernah dinasionalisasikan tetapi dipaksa melakukannya melalui pengisytiharan darurat,

“Sabah gagal dalam mempertahankan tindakan terbabit dan usaha mereka berakhir kerana pengisytiharan terbabit dan undang-undang yang digubal, ia tidak boleh menjadi tidak sah walaupun undang-undang adalah tidak berperlembagaan,” katanya semasa berucap di Forum Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC dan Isu Referendum anjuran Sarawak Sovereignty Movement (SSM) di Hotel Telang Usan.

Zainnal juga berkata rakyat Sabah dan Sarawak perlu memerhatikan perkara terbabit dengan serius.

“Setiap rakyat Sabah dan Sarawak mesti mengetahui bagaiman kekayaan mereka diambil dengan cara paksaan yang memberi kelebihan kepada golongan elit Malaya dengan mengorbankan rakyat Borneo – tiada rundingan dan tiada kompromi,

“Kebanyakan mereka percaya Perlembagaan mungkin tertinggi tetapi ia terhad mula dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan yang kedua melalui Perlindungan dan Kaveat yang telah dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),

“Sebagai tambahan, Parlimen mungkin merupakan badan tertinggi membuat undang-undang di Malaysia tetapi jelasnya ia tidak melakukannya apabila berlanggaran dengan Perlembagaan Malaysia sendirinya,” katanya.

Beliau menegaskan Kerajaan Persekutuan bagaimanapun boleh memintas semua perlindungan ini, menyemak dan mengimbangi, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC dengan hanya membangkitkan Artikel 150 melalui pengisytiharan Darurat.

Artikel 150

Sementara itu, pentadbir halaman SSM, Datuk Morshidi Abdul Rahman berkata forum atau seminar seperti ini perlu dilakukan selalu.

“Peserta didedahkan dengan perkara yang jarang mereka dengar tetapi berhak dan disisi undang-undang, minyak merupakan milik kita,” katanya dalam satu kenyataan dalam SSM.

Forum itu juga dihadiri Timbalan Presiden Parti Maju Sabah, Amde Sidik dan Professor Hasmadi Mois dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan panel penceramah.

Kita perlu memahami kuasa yang dipegang dalam Artikel 150 Perlembagaan Malaysia dimana rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah tawar-menawar dalam membentuk Malaysia, tegas beliau.

“Pemimpin Sabah dan Sarawak percaya bahawa apa-apa masalah dalam proses Pembentukan Bangsa boleh dirunding dengan bijaksana tetapi pemerintah elit telah melanggar pemahaman ini bila mereka dengan sewenang-wenangnya mengambil kekayaan Borneo untuk diri mereka,

Dalam Artikel 150, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam keadaan tertentu mengeluarkan pengisytiharan darurat.

Salah satu pengisytiharan yang dilakukan ialah semasa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 manakala dalam Situasi Darurat Artikel 150 (5) Parlimen boleh membuat undang-undang dimana sesuai untuk darurat dan dalam Artikel 150 (6) apabila Parlimen meluluskan undang-undang, ia tidak boleh menjadi tidak sah semata walaupun ia tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Malaysia, jelas Zainnal.

“Ini juga bermakna bahawa undang-undang ini boleh menjadi tidak konsisten dengan Perjanjian Malaysia 1963 atau perlindungan Laporan IGC,

“Ini menerangkan bagaimana Kerajaan Persekutuan melakukannya dengan menjangkau sebelum rancangan ‘Greater Malaysia’ diumumkan sehingga pembentukan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974,” ujar beliau.

Forum terbabit dihadiri sekitar 50 ahli SSM dan diisi dengan sesi soal jawab dan pembentangan kertas kerja oleh panel penceramah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.