Gempar: Pekerja Jumpa Bom Di Tanjung Aru

Saturday 26 April 2014

Bom terbabit dipercayai bahan letupan pening­galan Perang Dunia Kedua.

KOTA KINABALU: Beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai bahan letupan peninggalan Perang Dunia Kedua di Tanjung Aru, di sini semalam.

Bom sepanjang satu meter itu dikatakan dalam keadaan usang dan tertimbus di dalam tanah sebelum ditemui ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan berkata, sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom telah dikerah ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi ini, unit tersebut telah bertindak meletupkan bom berkenaan. Berdasarkan maklumat awal, bom terbabit dipercayai bahan letupan pening­galan Perang Dunia Kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar Jauteh, kerja-kerja meletupkan bom itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas berikutan beberapa laluan terpaksa ditutup sementara bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terjamin.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di lokasi kejadian tidak dibenarkan mendekati dan masuk ke dalam tapak pembinaan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.