Projek IC untuk PRU13 yang gagal?

Monday, 28 April 2014

Mereka boleh mendapatkan Mykad bagi warga Indonesia bernama 'Memek' dan 'Yono' melalui Persatuan Amal Kebajikan Bajau Sabah (Pakbis)..


April 17, 2014
KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pengeluaran kad pengenalan Malaysia (Mykad) tahun lepas.

Abdul Wahab Yusuf, 59, dan Budi Harto M Yusof, 45, seorang pemastautin tetap, didakwa secara bersama cuba menipu Mohammad Rozli Yusuf, 46, untuk mempercayai bahawa mereka boleh mendapatkan Mykad bagi warga Indonesia bernama 'Memek' dan 'Yono' melalui Persatuan Amal Kebajikan Bajau Sabah (Pakbis), sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Mykad.

Perbuatan itu mendorong Mohammad Rozli memberi wang tunai RM5,000 sebagai wang pendahuluan untuk mendapatkan Mykad itu.

Abdul Wahab juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad untuk warga Indonesia bernama 'Roni' melalui Pakbis sehingga mendorong Mohammad Rozli memberi wang pendahuluan RM2,500.

Budi Harto, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad warga Indonesia 'Aminah' dan 'Abbas' melalui Pakbis sehingga mendorong lelaki itu memberi wang pendahuluan RM1,200 kepadanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di K Residence, Avenue K, Jalan Ampang dan di Hotel Putra Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini antara 2.35 petang, 22 Januari 2013 dan 7 malam, 14 Mac 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan Abdul Wahab dikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Budi Harto dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Nur Lokman Samingan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian

Ulasan:

Mungkinkah ini salah satu projek IC kerajaan umno/BN bagi menghadapi PRU13? Berdasarkan laporan di atas, cubaan memberikan IC ini berlaku pada 22 Januari 2013 dan 14 Mac 2013, iaitu beberapa bulan sebelum tiba tarikh Pilihanraya Umum ke-13. Besar kemungkinan, cubaan memberikan IC ini gagal kerana pada waktu itu berlangsungnya sesi pendengaran umum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Disebalik desakan bertubi-tubi rakyat Sabah terhadap kerajaan umno/BN, rupanya projek yang menjadi ibu segala masalah di Sabah masih diteruskan. Tidak heranlah kerajaan umno/BN sengaja melengah-lengahkan masa untuk mendedahkan laporan RCI mengenai PATI di Sabah. umno/BN sememangnya tidak mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan masalah ini lebih-lebih lagi apabila prestasi mereka pada PRU13 yang lalu ibarat telur di hujung tanduk.

Lagi fakta mengenai kejahatan dan pengkhianatan umno/BN DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.