Anwar dikecam kerana mempersoal autonomi Sarawak

Saturday 26 April 2014

Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata bahawa kuasa autonomi menjadikan Sarawak tidak demokrasi.


KUCHING: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat kerana mempersoalkan kuasa autonomi yang dimiliki negeri Sarawak.

Laman blog, Melanaublogger.com menuduh beberapa NGO tajaan PKR di Sarawak begitu giat mempromosikan slogan ‘Sarawak for Sarawakian’.

“Menurut seorang penyokong pembangkang, slogan ‘Sarawak for Sarawakian’ hanyalah untuk menghalang Umno berkempen di Sarawak. Tapi bukan untuk menghalang PKR, PAS atau DAP,”antara salah satu kenyataan yang dikeluarkan blog terbabit.

Sementara itu, rakyat Sarawak juga mengecam Anwar yang tidak memahami konsep autonomi negeri yang menjadi tulang belakang kepada Perjanjian Malaysia 1963.

“Tidak kira BN atau PKR, sama saja. Mereka tetap mahu ambil hasil dan keuntungan Sarawak,” ujar Maurice Travollta.

Christoper Ples pula berkata: “Apa kuasa beliau ke atas Sabah dan Sarawak yang berstatus rakan kongsi dalam Malaysia? Selangor pun tidak terurus di bawah PR.”

Sementara itu, Jolly Jugoh berkata: “Selepas Stephen Kalong Ningkan, tiada pemimpin Sarawak yang betul bersuara bagi autonomi Sarawak.”

Anwar dalam satu kenyataan berkata bahawa kuasa autonomi menjadikan Sarawak tidak demokrasi.

Beliau berkata demikian rentetan larangan kemasukan yang dikenakan ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di negeri ni.

Rafizi juga dijadual akan menyaman kerajaan negeri dalam masa yang terdekat kerana ini kali kedua beliau dilarang.

Tindak tanduk kerajaan negeri yang bersikap ‘double standard’ mendapat kecaman seperti yang dilaporkan FMT semalam kerana membiarkan Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin masuk ke negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.