Budak 12 tahun dirogol bapa tiri dan saudara tiri

Thursday 24 April 2014

Transaksi kejadian rogol oleh tertuduh ke atas mangsa bermula dari awal tahun 2011 ketika mangsa baru berusia 9 tahun..

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan di jatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan rotan, manakala seorang lagi di jatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan sekali sebatan rotan kerana merogol mangsa berusia 12 tahun di sini baru-baru ini.

Mangsa yang bersekolah dalam tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di sini juga merupakan anak tiri kepada tertuduh pertama dan anak saudara tiri kepada tertuduh kedua.

Tertuduh pertama, 39 dan tertuduh kedua, 25 mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz di sini kelmarin kerana melakukan kesalahan tersebut di antara tahun 2011 dan 2014.

Mahkamah juga mengarahkan agar kedua-dua tertuduh berkenaan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman selesai dijalankan oleh mereka.

Pegawai Pendakwa Insp Ramona Albert berkata, tertuduh pertama telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, manakala tertuduh kedua di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Katanya, mangsa mengatakan telah dirogol beberapa kali oleh bapa tirinya di bilik rumah mereka di Kg Jaya Baru Bingkor Keningau di mana mangsa kerap diugut oleh suspek sehingga mangsa telah melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di rumah makciknya.

“Siasatan lanjut mendapati tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa setelah berkahwin dengan ibu mangsa pada tahun 2005. Mangsa kemudian di Binti kan dengan nama tertuduh memandangkan kedudukan bapa kandung mangsa tidak diketahui. Manakala tertuduh kedua merupakan anak buah kepada ibu mangsa.

“Transaksi kejadian rogol oleh tertuduh ke atas mangsa bermula dari awal tahun 2011 ketika mangsa baru berusia 9 tahun. Sejak kejadian pertama, tertuduh sering mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengan kekerapan dua hingga tiga kali seminggu ketika ibu mangsa tiada di rumah atau pada waktu malam ketika semua penghuni sedang tidur.

“Mangsa tidak berani menceritakan kejadian kepada ibunya kerana sering diugut dan takut dengan sikap panas baran tertuduh,” jelasnya.

Menurut Ramona lagi, kejadian terakhir berlaku pada 18 Mac 2014 di mana pada sekitar jam 11.00 pagi, mangsa sedang bersiap untuk pergi ke sekolah dan tertuduh telah membawa mangsa masuk ke dalam bilik lalu membuka seluar dalam mangsa sebelum tertuduh merogolnya dari posisi belakang mangsa.

“Pada masa kejadian, ibu mangsa sedang tidur di ruang tamu kerana kurang sihat. Apabila menyedari ibu mangsa terjaga, tertuduh terus memakai semula seluar dan menyuruh mangsa beredar ke sekolah,” jelasnya lagi.

Ramona berkata, pendedahan mangsa juga mendapati pada sekitar bulan Februari 2014, jam lebih kurang 10.30 pagi, pernah dirogol oleh abang sepupu tirinya ketika mangsa datang ke rumah tertuduh untuk meminjam seterika.

“Ketika berbual dengan tertuduh, mangsa mengadu pernah dirogol beberapa kali oleh bapa tirinya. Tertuduh kedua yang agak mabuk ketika kejadian setelah sesi meminum tapai mengatakan telah terangsang dengan penceritaan mangsa yang mempunyai pengetahuan tentang seks.

“Tertuduh lalu mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya dan telah merogol mangsa sebanyak satu kali sebelum memancutkan air maninya di cadar tilam,” jelasnya.

Jelas Ramona lagi, pada 9 April 2014, hasil kerjasama makcik mangsa bersama pihak sekolah di mana mangsa bersekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak Polis Keningau, kedua tertuduh telah ditangkap.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas mangsa oleh pakar O&G Hospital Keningau dan mendapati ada kesan koyakan hymen di kemaluan mangsa pada kedudukan jam 1, 6 dan 11,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.