Pelaksanaan gaji minima memadai dengan peningkatan kos sara hidup?

Thursday, 24 April 2014

Anak-anak muda Sabah sudah boleh berbelanja dengan gaji minimum RM800 sekalipun kos sara hidup di Sabah meningkat mendadak?.. Kalau bukan bodoh, gila barangkali orang yang buat statement ni..


SANDAKAN: Pelaksanaan gaji secara minima antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak memadai memandangkan ramai di kalangan pemain industri terutama melibatkan anak-anak muda sudah boleh berbelanja sekali pun berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Saya yakin Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan Jawatankuasa Teknikal Gaji Minimum akan memberi penekanan yang baik kepada indikator berkaitan supaya suatu keputusan yang baik dapat dijana.

Sehubungan dengan itu, saranannya kepada pihak majikan dan pemain industri jika mempunyai sebarang pandangan bolehlah dikemukakan dengan kadar segera kepada pihak urus setia MPGN tetapi tidak lewat daripada 31 Mei depan supaya pertimbangan sewajarnya dapat diberikan oleh MGPN dalam usaha proses kajian semula ke atas Perintah Gaji Minimum 2012 itu.

Sementara itu, klinik yang diadakan berkaitan gaji minimum itu terbahagi kepada beberapa segmen utama iaitu penjelasan mengenai perkembangan terbaru terhadap dasar gaji minimum, elemen pakej bantuan kewangan dan insentif bajet termasuk aspek produktiviti buruh.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.