Pemimpin umno/BN diminta kurang bercakap

Monday, 28 April 2014

Masalah tersebut sudah menjangkau lebih 10 tahun lalu manakala pemimpin kerajaan pula asyik tahu menabur janji ketika melawat kawasan itu..

BEAUFORT: DULU, KINI DAN SELAMANYA SELAGI UMNO/BN MEMERINTAH

TENOM: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Masdin Tumas, menggesa kerajaan agar mempercepatkan usaha untuk mengurangkan limpahan air banjir di Sungai Pegalan dan Sungai Padas supaya rakyat yang mendiami di kawasan pesisir kedua-dua sungai tidak terus terhimpit dengan masalah itu.

Beliau berkata, masalah tersebut sudah menjangkau lebih 10 tahun lalu manakala pemimpin kerajaan pula asyik menabur janji ketika melawat kawasan itu ketika selepas banjir mendakwa kerajaan akan menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimana pun, tegas Masdin, beberapa cadangan telah diutarakan sebelum ini antaranya cadangan mengorek untuk mendalamkan kedua-dua sungai dan yang terbaru pula ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru baru ini Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin memberitahu DUN Sabah kononnya akan membina penghadang banjir di sepanjang Sungai Padas.

“Saya tidak pasti cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana melihat kenyataan mereka yang tidak konsisten sukar untuk menyakininya, sedangkan perancangan mereka sudah melebihi 10 tahun lamanya masih belum bermula.

“Pembinaan penghadang banjir yang dikatakan Menteri itu di DUN Sabah pada Selasa juga tidak kelihatan di mana lokasinya kecuali pembinaan Hydro elektrik di Ulu Padas kini sedang bermula diperingkat awalan,” kata beliau ketika memberitahu pemberita.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yahya Hussin semasa persidangan DUN Sabah baru baru ini yang dipetik sebagai berkata, bahawa kerajaan telah dan akan terus melakukan yang terbaik untuk cuba mengurangkan kesan banjir di Sabah.

Yahya menambah, mereka telah mengkaji banjir di Sungai Padas, malah membina penghadang banjir di Ulu Padas dan di sepanjang sungai dalam usaha membantu mengurangkan kekerapan banjir di Beaufort.

Oleh yang demikian, Masdin tidak berniat untuk mengambil tahu dalam bentuk apa pun perancangan yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir namun apa lebih penting mereka hendaklah kurang bercakap tetapi langkah yang harus dilakukan ialah tumpukan kepada pelaksanaan tindakan tersebut.

“Lebih banyak bercakap, lebih lama cadangan itu bermula, maka lebih teruklah penderitaan penduduk yang sering dilanda banjir kerana cuaca yang tidak menentu, hujan dan banjir akan menimpa mereka pada bila-bila masa sahaja,” tegas Masdin.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.