China Enggan Hantar Panda Ke Malaysia?

Saturday 12 April 2014

Sambutan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China adalah pada bulan Mei, bagaimanapun ketibaan panda yang dijadualkan pada 16 April ini telah ditunda ke suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Panda, Najib Razak, China, Malaysia

Media barat mendakwa kerajaan China enggan menghantar sepasang panda gergasi dari Chengdu ke negara ini. Ia berikutan hubungan dingin kedua negara berhubung isu pencarian MH370.

Penghantaran panda oleh kerajaan China adalah simbolik hubungan diplomatik dan persahabatan yang sudah menjadi amalan di negara itu sejak kurun ke-7 lagi. Tidak semua negara diberikan peluang diplomasi panda.

Namun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, ketibaan panda berkenaan yang dijadualkan pada 16 April ini ditunda ke suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan Malaysia dan China menerusi kedutaanya di ibu negara (Kuala Lumpur) baru-baru ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada tarikh yang lebih signifikan untuk merayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China Mei nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan, ketibaan sepasang panda gergasi pada pertengahan April ini bakal menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sebuah kompleks berkeluasan 1.6 hektar turut dibina bagi menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.