Ideologi ‘Malaya-Malaysia’ mencengkam Borneo

Saturday 12 April 2014

Umno telah mendatangkan penderitaan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak dalam pelbagai aspek

Ideologi ‘Malaya-Malaysia’ terhadap Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Umno Baru mempunyai persamaan dengan ideologi Institusi Revolusi Parti (PRI) yang ditadbir Mexico untuk 71 tahun.

Jurucakap STAR Sarawak, Zulfaqar Sa’adi berkata Umno telah mendatangkan penderitaan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak dalam pelbagai aspek, politik, ekonomi, perlembagaan dan sebagainya.

“PRI (Partido Revolucionario Institucional) tidak menggunakan amalan biasanya yang berkaitan dengan diktator seperti rasuah pilihan raya terang-terangan atau penggunaan angktan tentera,

“Golongan elit di negara ini bersatu melalui parti dan tiada pembangkang yang kuat akan kekal di luar parti dengan cara ugutan dan kawalan diri,

“Selain itu, ahli perniagaan berdepan kesusahan yang tidak terkata dengan parti, manakala penyokong menerima ganjaran lumayan yang menghalang pembangkang untuk bertahan dan memelihat PRI berkuasa selama lebih daripada tujuh dekad,” katanya.

Beliau berkata pentadbiran PRI Mexico merupakan amalan yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh UMNO.

Warga muda Sabah dan Sarawak hari ini sebahagian besarnya melihat contoh pemerintahan diktator secara terang-terangan dalam buku terutama sekali kesan dan akibat perang dunia.

Zulfaqar berkata mereka juga telah melihat beberapa rejim telah tumbang disebabkan Arab Spring selama tiga tahun kebelakangan ini.

“Rejim Ben Ali di Tunisia, rejim Ali Saleh di Yaman, rejim Gaddafi di Libya dan rejim Mubarak di Mesir adalah kes tidak dapat dinafikan bahawa mereka mengamalkan pemerintahan diktator,

“Pembasmian rejim itu hanya boleh dibuat melalui pendidikan ideologi yang luas dan tahan lama dengan mengambil apa-apa cara lain hanya akan menunjukkan satu pendekatan yang sesat,

“Dalam kes Sabah dan Sarawak, mereka menjangkakan pihak penentang untuk duduk semeja untuk resolusi melalui diplomasi atau dialog, yang tidak pernah belum berlaku,

“Untuk mengharapkan yang ketidakadilan berakhir apabila mereka duduk bersama dan menandatangani beberapa perjanjian merupakan sesuatu yang salah,”

Beliau menambah ia mungkin berhasil untuk melanjutkan beberapa kententuan tetapi pendidikan ideologi adalah pendekatan yang terbaik.

Pendidikan Ideologi

Pendidikan ideologi terbaik ialah dengan membangkitkan fakta sebenar mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia sendiri, katanya.

“Perjanjian Malaysia 1963 dan Pendidikan mengenai Sabah Sarawak melalui pengagihan dan pembentukan Kementerian Pelajaran sendiri yang tidak mempunyai kawalan daripada Umno

“Hanya dengan menewaskan Perdana Menteri, Najib Razak sepenuhnya daripada Persekutuan Malaysia dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim jika secara kebetulan bahawa Sarawak dan BN Sabah menarik diri dari BN dan memberi sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, tidak akan menjadi langkah ke arah resolusi,

“Pelbagai pihak berjuang di Sarawak dan Sabah berazam untuk mengekalkan ideologi mereka.” tambah beliau.

Sebab itu, perjuangan ideologi bersama yang sudah mendapat tempat di Sarawak dan Sabah perlu kukuh dan ‘disuntik’ ke dalam setiap parti politik tempatan, lanjut beliau.

“Pendekatan ini akan memastikan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai alasan yang sama dengan mudah,

“Seperti mengambil contoh penyingkiran Saddam Hussein tidak melenyapkan ideologi Ba’ath, pertumpahan darah yang berlaku oleh rejim Ba’ath yang lain di Syria tidak akan berakhir jika seseorang atau keluarganya keluar daripada rejim terbabit,

“Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa rejim autokratik dapat hanya disingkirkan melalui perjuangan ideologi,” tambah beliau.

Untuk menghentikan ideologi ‘Malaya-Malaysia’, tegas Zulfaqar, Borneo Agenda merupakan salah satu pilihan untuk perjuangan intelektual.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.