ESSCOM dan EAIC memang dijangka gagal

Saturday 12 April 2014

Seperti juga Esscom, EIAC juga bakal berdepan kegagalan kerana inilah caranya kerajaan BN memperkotak-katikkan rakyatnya.

esscom, eaic, najib razak

Pada Februari 2013, seramai 200 militan Sulu daripada Selatan Filipina menawan Lahad Datu dan membunuh beberapa anggota polis di dalam usaha mendapatkan kembali negeri di utara Borneo bagi seorang Sultan Sulu.

Anggota polis Malaysia dikerah bagi menghalang mereka tetapi dengan senjata yang mereka miliki, pihak tentera diperlukan bagi menumpaskan militan tersebut selepas menunggu sekian lama. Usaha kerajaan Barisan Nasional berunding dengan mereka gagal kerana mereka sebenarnya adalah penjenayah/pengganas.

Kerajaan BN dikritik hebat kerana berlengah-lengah di dalam mengambil tindakan terhadap pengganas Sulu itu. Sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan yang terkorban.

Pada November 2013, seorang pelancong Taiwan pula ditembak mati manakala temannya diculik di pusat peranginan Pulau Pom-Pom. Dia dibawa ke Selatan Filipina.

Selepas kejadian di atas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan bagi memperketatkan kawalan keselamatan di wilayah pantai timur Sabah. Esscom bertujuan mematahkan serangan serta segala jenis ancaman daripada berulang.

Bagaimanapun, pada tanggal 2 April 2014, dua warga asing, seorang pelancong dari China dan seorang pekerja Filipina diculik daripada Singamata Reef Resort in Semporna, salah satu daerah di bawah Esscom.

Selepas ditempelak masyarakat kerana kegagalannya menghalang serangan terbaru, Esscom mendakwa ia tiada kuasa dan tidak mampu mengeluarkan arahan kepada pasukan keselamatan kerana ia hanya berperanan selaku penyelaras.

Ketua Komuniksa Korporat Esscom Newmond Tibin menjelaskan bahawa peranannya ialah bagi menyelaras usaha kecemasan di antara pihak polis, tentera, tentera udara, tentera laut dan jabatan maritim. Ketua pengarahnya Mohammad Mantek tiada kuasa mutlak memberi arahan kepada pasukan keselamatan ini.

Mereka semua beroperasi sendirian dan Esscom tidak dapat mengawal mereka. Ia tidak menubuhkan sebarang kerjasama bagi memperkenalkan langkah keselamatan di pantai timur Sabah. Kita fikir pasukan keselamatan yang ada berpendapat keadaan di pantai timur negeri itu terjamin dengan adanya Esscom.

Nampaknya, Esscom memang seperti bakal menemui kegagalan sebaik ditubuhkan. Apa terjadi kepada peruntukan RM75 juta yang diberi kepada Esscom pada Oktober tahun lalu? Adakah wang itu dibazirkan?

Pada 2005, Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang pasukan Polis telah secara rasmi mencadangkan agar kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi Aduan serta Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memantau salahguna kuasa dan menambahbaik pasukan keselamatan itu.

Kerajaan BN tidak menerima cadangan itu dan ianya tidak dilaksanakan. Sebaliknya kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada 2011 bagi memantau pasukan polis dan 18 agensi penguatkuasaan yang lain.

Kekurangan kuasa EIAC bagi mendakwa serta kekurangan tenaga kerja membuat siasatan di seluruh negara menyebabkan EIAC dianggap harimau tiada gigi dan tidak berguna selaku suruhanjaya bagi memantau integriti.

Sebanyak 4,334 laporan dibuat dari Januari 2005 hingga Mei 2012 kepada EIAC dan 70% masih di dalam siasatan dengan tiada jaminan ia akan selesai diselidik.

Hanya 7% aduan terhadap polis daripada 2005 hingga 2012 berjaya dibawa ke mahkamah sementara separuh kes di dalam siasatan EIAC masih belum disiasat.

Walau terdapat pelbagai permintaan daripada ketua pegawai eksekutif EAIC agar peruntukan kepadanya ditambah, permintaan itu ditolak dan ketua pegawai eksekutif itu akhirnya ditukarkan ke jawatan yang tidak begitu mustahak di agensi kerajaan yang lain.

Seperti juga Esscom, EIAC juga bakal berdepan kegagalan kerana inilah caranya kerajaan BN memperkotak-katikkan rakyatnya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.