Ini Kalilah: Usul Dr. Jeffrey Dapat Sokongan Luarbiasa Rakyat Sabah

Saturday 12 April 2014

Secara peratusannya, hanya 1.1% sahaja yang menentang usul ini manakala sebanyak 98.9% orang menyokong usul ini dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan. Memetik kata salah seorang pengguna laman sosial itu, "Jangan risau Dr.Jeffrey. Sejuta Rakyat Negara Sabah dibelakang Datuk"..


Kota Kinabalu: Satu Undian rawak secara online telah dijalankan oleh sebuah Page Facebook yang bernama "The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia" telah menarik perhatian sebanyak 1409 orang untuk menyatakan sokongan mereka terhadap usul yang bakal dibawakan oleh seorang YB daripada Negara Sabah iaituYB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Usul yang bakal dibawakan oleh beliau adalah usul "Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963" dan "Hak Pemilikan Minyak & Gas". Diramalkan melalui kenyataan yang disampaikan oleh beliau baru-baru ini, usul ini akan dibentangkan pada 14 April dan 17 April 2014.

Sebaik sahaja Undian secara online dipaparkan dalam Page Facebook tersebut pada 3 April 2014, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakan di Negara Sabah mahupun di Negara Sarawak. Jumlah yang telah dikongsikan adalah sebanyak 873 dan jumlah "like" adalah sebanyak 2763.

Daripada 1,409 jumlah orang yang telah mengundi secara online, sebanyak 15 orang sahaja yang "Tidak" bersetuju untuk usul ini dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah manakala sebanyak 1,394 orang telah bersetuju untuk usul ini dibentangkan di DUN Sabah. Secara peratusannya, hanya 1.1% sahaja yang menentang usul ini manakala sebanyak 98.9% orang menyokong usul ini dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Daripada komen-komen yang diberikan dalamPage Facebook dibawah pos Undian online ini dan juga salah satu poster mengenai kenyataanYB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berhubung usul tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan. Beberapa pengguna Facebook telah memberikan pandangan mereka terhadap usul ini.

En.Rayner salah seorang pengguna Facebook telah memberikan komennya dengan mengatakan bahawa demi Hak Sabahan dan kepentingan semua Sabahan, sekarang dan masa depan generasi Sabahan yang mana Sabah telah sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, Saya setuju 100%. 

En.Roslan Kuruak Mohd Roslan juga seorang pengguna halaman social tersebut mengatakan bahawa sudah tiba masanya kita lenyapkan kuasa malaya keatas negara kita, Sabah. Sudah waktunya orang kita menikmati hasil bumi sendiri tanpa campurtangan malaya. Saya sokong 100%.

Manakala En.Pete Malone Petrus juga menyokong kenyataan mereka dan juga usul tersebut melalui komennya iaitu beliau mengatakan bahawa kalaulah Negara Sabah dan Negara Sarawak dapat dijaga kemajuan dan pembangunannya, tiada juga kita bising isu ini. This is 13 Mei all over again. Jelas jurang perbezaan ekonomi kita dengan Malaya. Ini sudahlah miskin, hak pun tidak kena hormat. Memang natural lah rakyat mahu revolt bangkit. Jangan risau Dr.Jeffrey. Sejuta Rakyat Negara Sabah dibelakang Datuk.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada undian online ini ialah rakyat Negara Sabah menyokong penuh usul-usul yang dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ke DUN Sabah. Sokongan penuh ini harus dipandang serius oleh Dewan Speaker DUN Sabah agar tidak menolak usul-usul tersebut. Penolakkan usul-usul ini bakal mengundang pelbagai spekulasi yang negatif. Usul ini juga tidak mengira parti-parti politik untuk menyokongnya kerana ia bersifat neutral dan harus mendapat sokongan penuh oleh semua pemimpin-pemimpin Negara Sabah. Ia bakal melakar sejarah baru untuk menjadi renungan kepada Generasi Muda dimasa depan. Maka dengan itu, semua pemimpin dimohon untuk melakukan yang terbaik untuk Bangsa Negara Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.