Pegawai TUDM seludup senjata ditahan di Texas

Sunday, 20 April 2014

Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang San Angelo di Texas pada Rabu kerana cuba menyeludup pistol PT-22 Taurus.

Menurut TUDM, pegawai tersebut sedang bersedia untuk pulang ke Malaysia apabila ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang.

"Pegawai TUDM itu menetap di Amerika Syarikat sejak 5 Januari tahun ini untuk menghadiri kursus ketenteraan di Pangkalan Goodfellow Air Force.

"Selepas melengkapkan kursus itu, pegawai itu bersedia untuk meninggalkan Amerika Syarikat apabila ditemui dengan senjata tersebut," kata TUDM dalam satu kenyataan.

"Pegawai itu kini dalam tahanan polis Texas dan dijangka akan didakwa dalam mahkamah pada Isnin," tambah TUDM.

TUDM berkata sedang mengikuti prosiding tersebut sebelum memikirkan langkah yang seterusnya.

Ia difahamkan bahawa konsul dan duta Malaysia di Amerika Syarikat juga diberitahu tentang insiden tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.