MH370: Tindakan Tegas Jika Fitnah Pemimpin Negara

Monday 14 April 2014

Orang pertama yang perlu dikenakan tindakan ialah DS Najib Razak.. Beliau juga telah membuat spekulasi dan memberikan maklumat palsu kononnya penculikan di semporna didalangi oleh pihak tertentu yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-China..


KUALA TERENGGANU: Pihak yang menyebarkan spekulasi, maklumat palsu dan fitnah terhadap pemimpin negara berhubung peristiwa kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 perlu dikenakan tindakan tegas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (BN-Kota Putera) Mohd Mahdi Musa berkata perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan perbuatan itu telah menyebabkan berlaku perpecahan rakyat apabila disebarluaskan dalam media, khasnya media sosial.

"Fitnah ini juga semakin serius apabila ia melibatkan hubungan Malaysia dan negara lain menjadi dingin...dan jika tidak ditangani dengan tegas dan serius akan mengancam keselamatan dalam negara dan rakyat kita di luar negara," katanya ketika berucap mengemukakan usul itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini Isnin.

Beliau juga mencadangkan agar sidang ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu-isu penyebaran maklumat palsu dan fitnah terhadap negara, berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata langkah pencegahan perlu dilakukan segera sebelum perasaan marah rakyat terhadap pemimpin negara berlarutan dan menjurus kepada pepecahan masyarakat.

Menurutnya perbuatan menyebar fitnah itu bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas ideologi dan falsafah negara dalam melahirkan perasaan cinta dan setia kepada negara serta kelangsungan permuafakatan dan perpaduan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.