KKMM Miliki Kecanggihan ICT Tapi Gagal Kesan FB Hina Kaum

Monday 14 April 2014

Sebelum Shabery Cheek menghulurkan bantuan membantu Esscom bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan perairan di Sabah, jelaskan dulu kenapa kementerian beliau gagal mengesan kewujudan laman sosial (Facebook) yang giat menghina kaum dan agama lain.. Sungguh pelik, Menteri Komunikasi dan Multimedia gagal mengesan Kewujudan Facebook yang turut menggunakan nama menteri itu sendiri..

JIKA CADANGAN DITERIMA, MAKA BERGABUNGKAN KEBODOHAN MEREKA UNTUK SAMA-SAMA MENJAGA PERAIRAN SABAH.. TIDAK PASTI SEJAUHMANA KEBERKESANANNYA, NAMUN DARI SEGI PERBELANJAAN, PASTI MENINGKAT..

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu boleh membantu pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mempertingkat kawalan keselamatan dengan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau berkata kecanggihan ICT terkini seperti penggunaan satelit pemantauan, kamera pintar dan sensor boleh membantu pihak Esscom.

"KKMM akan memberikan cadangan bagaimana untuk memantapkan lagi peranan Esscom misalnya untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah melalui peranan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KKMM di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (Ipptar) di sini Isnin.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha II Datuk Che Azemi Haron dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.

Soal peningkatan kawalan keselamatan di kawasan Esscom timbul susulan kes penculikan dua orang iaitu seorang pelancong China dan seorang pekerja Filipina di sebuah pusat peranginan berhampiran Semporna pada 2 April.

Ahmad Shabery berkata dalam konteks dunia kini, peranan ICT tidak boleh dilupakan dan ia dapat membantu pihak berkuasa sekiranya digunakan secara maksimum.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata beliau mengalu-alukan inisiatif pihak berkaitan dalam membantu kerajaan menjelaskan tentang faedah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada rakyat.

"Ia bukan saja peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Kewangan, tetapi ia juga peranan semua jentera penerangan, KKMM dan seluruh kakitangan kerajaan dalam menerangkan faedah CBP kepada rakyat," katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya ditubuhkan tentera siber untuk memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu CBP.

Pada majlis itu, lebih 35 kakitangan KKMM yang dilahirkan pada bulanApril turut diraikan melalui acara memotong kek.

Pada majlis sama, Ahmad Shabery turut melancarkan pertandingan mereka cipta logo Hari Kemerdekaan ke-57 yang bermula hari ini hingga 14 Mei.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.