Adakah Penganut Kristian Hanya Dikalangan India Dan Cina?

Monday, 14 April 2014

Buktikan dahulu bahawa penganut agama kristian di Semenajung Malaysia hanya terdiri dikalangan kaum India dan Cina.. Jika tidak mahu Bahasa Melayu digunakan, kenapa perlu Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara? Penganut agama islam di China juga menggunakan baha Cina untuk berkomunikasi dikalangan umatnya, bukan Bahasa Melayu.. Begitu juga dengan penganut agama Islam di negara lain..

NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengkritik tindakan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu dalam promosi penganjuran Muzikal Easter yang ‎mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadiri acara tersebut.

Ketua Isma Cawangan Seremban, Zamani Ibrahim yang membuat pendedahan itu, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan apabila pihak gereja bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu untuk menjalankan promosi, malah ia dilakukan secara terbuka melalui sepanduk iklan yang tergantung di luar premis dan di tempat awam.

"Meskipun penganut mana-mana agama selain agama Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing berdasarkan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, persoalan timbul apabila penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mempromosikan muzikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengkritik tindakan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu dalam promosi penganjuran Muzikal Easter yang ‎mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadiri acara tersebut.

Ketua Isma Cawangan Seremban, Zamani Ibrahim yang membuat pendedahan itu, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan apabila pihak gereja bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu untuk menjalankan promosi, malah ia dilakukan secara terbuka melalui sepanduk iklan yang tergantung di luar premis dan di tempat awam.

"Meskipun penganut mana-mana agama selain agama Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing berdasarkan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, persoalan timbul apabila penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mempromosikan muzikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.