Yingluck dibicara esok, Musa Aman bila mau bicara?

Thursday, 17 April 2014

Jika bukan kerana Musa Aman, adakah keluarga dan saudara maranya berpeluang memegang jawatan penting?..


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, berdepan perbicaraan di mahkamah esok yang mungkin membawa kepada pemecatannya, langkah yang selari dengan matlamat penunjuk perasaan antikerajaan yang mahu beliau disingkirkan.

Pegawai memberi isyarat keputusan tidak menyebelahi beliau, kabinetnya boleh memberi alasan cukup kukuh untuk membuat keputusan sama ada melaksanakan pilihan raya baru atau tidak .

Aktivis pembangkang pula membayangkan kemungkinan konflik sivil yang lebih luas. Yingluck dijangka hadir di Mahkamah Perlembagaan untuk mempertahankan diri terhadap dakwaan beliau menyalah guna kuasanya pada 2011 apabila memindahkan Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, bertujuan menjamin kenaikan pangkat salah seorang saudaranya. 

Keputusan dijangka diketahui sebelum akhir bulan ini, dengan peluang kemenangan Yingluck dilihat rendah. Bulan lalu, kes berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Pentadbiran, yang menyatakan tindakan Yingluck memindahkan Thawil Pliensri tiga tahun lalu, menyalahi undang-undang. - Sinar Harian

Musa Aman lantik anak saudara sebagai CEO

PERLANTIKAN anak saudara Ketua Menteri Sabah, Hasnol Ayub Aman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS) baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak beranggapan Hasnol tidak mempunyai kredibiliti mengetuai ‘Think Tank’ Kerajaan Negeri.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menekankan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menyiasat perlantikan di ‘luar tabii’ ini kerana melibatkan bapa saudara melantik anak saudara sebagaimana tertakluk di bawah takrifan di Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mengikut rekod, Mohd Hasnol bin Ayub, 44, merupakan anak abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan dan MBA daripada University of Wales,United Kingdom turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004. - Kinabalukini

Keluarga Musa Aman pengang jawatan penting

Perhatikan baik-baik, orang-orang Musa Aman ini, yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Mereka adalah pemegang jawatan penting dalam mana-mana jawatan di beberapa daerah di sabah ini. Beliau sengaja meletakkan kerabat keluarganya ini memegang jawatan penting dalam parti setiap daerah, agar kepentingan beliau untuk menguatkan lagi kedudukannya di sabah terjamin. Perhatikan ini:

1. Musa Aman: Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran;
2. Anifah Aman: Ketua Bahagian Kimanis;
3. Mohd. Arifin Mohd. Arib: Menantu beliau, Naib Ketua Bahagian Kimanis;
4. Yumani Hafis: Anak beliau, Ketua pemuda Bahagian Sipitang;
5. Hasnol Ayub Aman: Anak abangnya, Naib Ketua Umno Penampang juga bekas Pemuda Umno Pusat;Kini Pengarah IDS-Think-Tank Sabah.
6. Johari Ayub Aman: Bendahari Umno Pensiangan, juga wakil G7 ke KL;
7. Anwar Ayub Aman: Anak abangnya, Wakil G7 dan AJK Umno Bahagian Keningau;
8. Yasin Aman: Adik beliau, AJK Umno Bahagian Beaufort;
9. Mohd. Daud Aman: Adik beliau, Wakil G7 dan AJK Umno bahagian Beaufort

Inilah Musa Aman. Kroni family paling gila di sabah. Kalau perlu semua lorong dan jalan di negeri sabah ini harus dipegang oleh keluarganya sahaja. Namun yang menghairankan ialah orang-orang sabah khususnya penyokong BN masih buta tentang perkara ini. - One Kotabelud

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.