Laporan ini menguatkan lagi tinjauan Merdeka Centre sebelum ini (dinafikan oleh Hishammuddin) bahawa 54% rakyat Malaysia yakin kerajaan sembunyikan maklumat manakala 26% lagi yakin kerajaan jujur..
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata para waris penumpang MH370 di China masih sangsi dengan keikhlasan Malaysia dalam menyediakan maklumat berhubung kemalangan pesawat tersebut.
Katanya, sejak awal lagi pasukannya yang berurusan dengan keluarga tersebut perlu menyediakan jawapan yang “disahkan” dan berulang kali menyampaikan persoalan dari pasukan teknikal dan juga memberitahu jawapan tersebut kepada waris berkenaan.
"Apabila kami beritahu mereka (waris), mereka akan tanya satu lagi soalan, untuk kami, kami perlu mengemukakannya kepada jawatankuasa teknikal untuk dijawab, dan kami berikan jawapan (kembali kepada waris).
“Masalahnya setiap masa – setiap kali kami kami sebut mengenai jawapan yang diberikan – mereka akan kata kami menyembunyikan sesuatu,” katanya dalam satu sidang media sebagai pengerusi jawatankuasa hal ehwal waris penumpang tersebut.
Hamzah berkata, pihaknya faham jika waris berkenaan berasa kecewa, lebih-lebih lagi memandangkan keadaan tersebut sukar dipercayai kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, pasukan teknikal MAS kini berada di Beijing dan akan menyediakan taklimat kepada waris berkenaan dan Malaysia akan meminta bantuan kerajaan China untuk menguruskan segala salah faham yang mungkin timbul.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.