umno/BN Punya Misi Bodohkan Rakyat

Thursday 10 April 2014

Negara dan masa depan anak-anak kita bakal musnah kerana umno/BN. Anak-anak pemimpin kita pula dihantar keluar negara bagi mendapat pendidikan menggunakan wang rakyat. Rakyat biasa pula terpaksa menjalani sistem pendidikan yang berada di kedudukan terbawah.


Misi Umno-BN ialah untuk menjayakan kejuruteraan genetik – agar rakyat Malaysia tidak mengerti apa-apa, patuh dan berpuashati dengan apa yang mereka ada, walaupun tak seberapa. Selagi mereka begitu dan tidak dapat berfikir secara bijak, mereka tidak mempersoalkan pemerintah yang kerap melakukan kesalahan.

Dengan misi ini, pemimpin yang tidak begitu cemerlang dapat terus berada di tampuk kepimpinan rejim yang korup. Mereka yang mempunyai kebolehan memimpin serta berintegriti dianggap ancaman.

Bagi mencapai misi ini, sasaran pertama sudah tentu bidang pendidikan. Masa depan anak-anak kita bakal musnah kerana mereka. Negara juga akan musnah. Anak-anak pemimpin kita pula dihantar keluar negara bagi mendapat pendidikan, kadang-kala menggunakan wang rakyat. Rakyat biasa terpaksa menjalani sistem pendidikan yang berada di kedudukan terbawah.

Pecah dan perintah diamalkan menggunakan sentimen perkauman dan agama. Pemimpin korup takut pada semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia. Mereka tidak aman dan tidak dapat tidur jika negara ini damai dan makmur kerana tugas mereka memporak peranda negara

Mereka perlu dianggap wira yang mengekalkan keamanan dan keluhuran undang-undang negara. Cipta masalah dan kemudian selesaikannya. Mereka minta dipuji menjalankan tugas itu. Kemudian, modus operandi – cetus, pupuk, promosi, galakkan, biarkan dan sebarkan:

1. Ekstemisme, fanatisme, gangsterisme dan sebagainya bagi mengancam rakyat yang menentang mereka;

2. Korupsi, salahguna kuasa, kronisme, kelemahan pentadbiran dari peringkat atas hingga bawah dan kekalkan rekod buruk mereka bagi memastikan khadam mereka kekal taat.

Senarainya panjang lagi...Kita sekarang berada di zaman di mana pemimpin jahat berkuasa ke atas majoriti rakyat Malaysia yang mungkin masih lena, berhalusinasi atau koma, sambil mengharapkan talian hayat. Mereka bergantung kepada mesin ini dan akan kekal menurut perintah kerana bimbang akan hidup susah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.