Tompok minyak dikesan di kawasan isyarat 'ping'

Monday, 14 April 2014

Houston berkata sebanyak 2 liter sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar.


Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston mengesahkan bahawa satu tompokan minyak ditemui pada kedudukan 5.5km dari tempat isyarat bunyi dikesan sebelum ini.

Bercakap dalam satu sidang media, Houston berkata sebanyak 2 liter sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar.

Katanya, operasi juga akan diteruskan dengan menggunakan kenderaan bawah air Bluefin-21 untuk mengesan kawasan dasar laut.

Setiap misi menggunakan alat tersebut akan mengambil masa 23 jam – dua jam untuk sampai ke dasar, 16 jam untuk menjalankan tugasnya, dua jam lagi untuk timbul ke permukaan dan empat jam untuk memuat turun dan menganalisis data.

Misi pertama meliputi kawasan 40 kilometer persegi. Sistem sonar pada alat berkenaan mampu mengimbas peta dasar laut dalam bentuk 3D dan mungkin membantu mengenalpasti serpihan pesawat.

Katanya mereka perlu mendapatkan bukti visual sebelum mengesahkan lokasi tempat terakhir pesawat MH370.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.