Berikut adalah komen pembaca Malaysiakini mengenai artikel "ISMA persoal promosi Muzikal Easter dalam BM". Secara ringkasnya, artikel tersebut adalah mengenai tindakan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempersoalkan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu untuk mempromosi penganjuran Muzikal Easter pada 18 hingga 20 April depan.
Khalid Hassan
ISMA bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan jadi pihak gereja tu memang berhak untuk buat promosi dalam bahasa Malaysia. Aku yang duduk di Seremban ni takde pun rasa tertarik untuk pergi menghadiri majlis Easter Musical tu. Untuk pengetahuan anda ISMA jiran sebelah kiri rumah aku adalah penganut agama Kristian takdelah pulak aku dan keluarga aku tertarik nak menganut agama Kristian. Apa punya pemikiran ISMA ni bikin malu Islam aje.
Jacky Juing Jonathan
den sarawakian duduk kek seromban ni ha.. ISMA em.. kalau aku nak komen dgn isma ni mmg kaw kaw.. mungkin isma dah buat peraturan baru iaitu Bahasa Malaysia/Melayu adalah Bahasa Rasmi "Islam" ? .. apa2 pun maybe ni publisiti isma .. jgn macam perkasa sudah la.. dah lah diban di sarawak. apapun respect dgn komen saudara
Benedict Bototol
Selepas ni, penganut kristian diharam menggunakan Bahasa Malaysia di gereja...tak faham dgn ISMA
Hezkiel Feroz
Setahu saya banyak orang Sabah dan Sarawak di Seremban. Mrk ini mana fasih bahasa Inggeris, bahasa pertuturan mrk bahasa Melayu baku mirip bahasa Indonesia. Mungkin Isma keliru, kalau bahasa orang Islam ialah Arab dan Melayu, maka bahasa org Kristian pasti Inggeris, jahil betul lah Isma ini. Patutlah Isma kata masuk Islam ialah masuk Melayu. Jadi orang2 bukan Islam/Melayu cakap, ehhh kamu masuk Melayu....
Joshua Chow
ISMA, WHAT'S YOUR BUSINESS IF THE CHURCH INVITE NON-CHRISTIAN TO THEIR EASTER EVENT? IT'S UP TO THEM TO PUT THEIR BANNER IN PUBLIC AREA TO ALL MALAYSIANS. WHETHER THEY ARE USING MALAY OR ENGLISH IT'S THEIR FREEDOM. MAYBE, YOU NEED TO ASK YOURSELF, "WHO THE HELL AM I TO SAY THIS TO THEM?"
Hezkiel Feroz
Ada saya nampak sebuah rumah sembahyang kaum Buddha ditulis, RUMAH IBADAT BUDDHA, kata ibadat berasal dari bahasa Arab, kata ibadat juga banyak tercatat dalam al-Quran, saya fikir dah lama tulisan itu di sana sejak 1970-an, takde masalah pun...
Omar Ahamad
Betapa ceteknya pemikiran pemimpin ISMA...inilah seperti kata orang, nak tunjuk kononnya pandai sangat, kesudahannya jadi pandir...
Izimrat Makio
Tengok-tengok yang merasmikan Muzikal Easter tu Menteri Besar Negeri Sembilan.. Aku nak tengok apa pulak yang ISMA akan cakap...
Nusantara Raya
Bahasa tak melambangkan agama.. ada orang arab agama keristian sedangkan bahasa al quran bahasa arab.!! ada orang putih free tinker (tak ada agama) sedangkan bahasa inggeris itu bahasa kitab injil. jadi ISMA harus lebih banyak menelah amalkan membaca dan melakukan kajian sejarah..
Nusantara Raya
Setakat ini tak ada orang arab pertikai orang melayu baca doa dalam Bahasa Malaysia. sedangkan bahasa al quran adalah bahasa arab.. oleh itu bahasa bukanlah satu perkara petaka.. kerana allah jua yang mencipta bangsa dan bahasa!!
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.