RM2.2 Juta Hanya Untuk Ceramah GST

Sunday 20 April 2014

Tidak cukup dengan iklan di tv, akhbar, iklan tepi jalan, dan terbaru menggunakan khutbah jumaat.. Hari ini UMNO lantik pula penceramah terlatih dengan kos RM2.2 juta untuk memberi penjelasan tentang GST.. Nampak sangat UMNO terdesak nak rompak duit rakyat...


Bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), kerajaan melatih 330 penceramah untuk memberi penerangan CBP di setiap kawasan Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata setiap kawasan Parlimen akan diadakan empat program penerangan mengenai CBP di empat kawasan berbeza oleh seorang penceramah yang dilatih itu.

"Setiap penceramah kita bekalkan dengan input berkaitan seperti dokumen, pemacu pena yang mengandungi graf dan maklumat berkaitan CBP untuk digunakan dalam pembentangan multimedia mereka supaya rakyat mudah faham apabila ceramah diselitkan dengan input ini.

"Setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM10,000 oleh Kementerian Kewangan yang mana setiap program membabitkan RM2,500 dan ia akan diadakan di empat balai raya berbeza," katanya kepada pemberita selepas memberi penerangan pelaksanaan CBP kepada Umno Cawangan Temerloh di Temerloh hari ini.

Beliau berkata semua penceramah itu dipilih sendiri oleh Ketua Umno Bahagian di setiap kawasan Parlimen dan mereka menjalani latihan selama tiga hari.

"Penerangan CBP di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara ini akan dilaksanakan dalam masa dua bulan ini, bermula minggu ini manakala di Sabah dan Sarawak kita akan tetapkan tarikh lain kemudian," katanya.

Ahmad berkata bagi kawasan yang belum memiliki penceramah yang sesuai, pihaknya telah memaklumkan kepada Ketua Umno Bahagian untuk menghantar penceramah terbaik untuk dilatih.

Dalam pada itu, beliau berkata tahap pemahaman rakyat mengenai CBP masih rendah iaitu di bawah 50 peratus.

"Saya belum berpuas hati dengan perkara ini, tahap pemahaman rakyat masih rendah, kita harap dengan program penerangan yang akan diadakan nanti oleh penceramah dilatih, semakin ramai yang akan memahaminya," katanya. - Malaysiakini

Komen Pembaca:

Izimrat Makio
Tak cukup dgn iklan di tv, akhbar, iklan di tepi jalan-jalan utama,dan terbaru menggunakan khutbah jumaat.. Hari ni UMNO lantik pula penceramah terlatih untuk memberi penjelasan tentang GST.. Nampak sangat UMNO terdesak nak rompak duit rakyat...


Farwah Al Munawwarah
Yela ceramah GST je ke?pastu mula la hentam sana sini..Anwar..PR..Hudud..dan lain2..bukan orang tak tahu..ceramah GST 10 minit..ceramah politik oleh YB Parlimen BN yang merasmikan tu 2 jam..terima kasih kerana menambah cukai dalam bebanan rakyat sekarang.


Azymie Ali
Tak perlulah kerajaan membelanjakan wang RM berjuta-juta bagi mempromosikan GST kepada rakyat sebab nak tak nak,suka tak suka rakyat tak ada pilihan lain terpaksa terima hakikat tinggal dibawh kerajaan BN.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.