Dalam 81 dalil yang difailkan Jeffrey terhadap Musa, turut didedahkan adalah skandal projek jalanraya yang diberikan kepada syarikat Globinaco tanpa melalui tender terbuka.. Mungkin sebab itulah Musa Aman seakan meroyan dan tiba-tiba mencelah bila Jefrrey Kitingan menyebut "jalanraya"..
"Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) tidak harus memutarbelitkan fakta semata-mata untuk mengelirukan rakyat negeri ini. Beliau bangun mencelah ucapan Jeffrey semasa membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah yang mendakwa Sabah masih ketinggalan daripada semua aspek pembangunan terutama jalan raya luar bandar yang berhabuk dan tidak berturap berbanding di Semenanjung yang mempunyai lebuh raya." - BERNAMA
Gambar di bawah adalah bukti jelas bahawa Jeffrey Kitingan tidak memutarbelitkan fakta.. Sebagai Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sepatutnya bertindak profesional ketika berada di dalam dewan, bukannya mencelah secara membuta-tuli dan mengarahkan wakil pembangkang supaya duduk. Sikap bodoh sombong seperti inilah yang menyebabkan Sabah kekal mundur dan miskin..
BEAUFORT (CREDIT: WAN AZRY) |
Sampai bila masalah di Sabah dapat diselesaikan jika Menteri-Menteri umno/BN terus dengan sindrom penafian dan menuduh pihak pembangkang sebagai memutarbelitkan fakta? Sebenarnya, Musa Aman lah yang memutarbelitkan fakta dan mengelirukan dewan dengan membangkitkan isu peruntukkan sedangkan beliau sendiri tahu bahawa apa yang diusulkan atau diperkatakan oleh Jeffrey itu sudah pun dipersetujui oleh majoriti rakyat negeri ini termasuklah kumpulan profesional. Secara tidak langsung, kenyataan Musa itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada rakyat Saban yang sabah hari menuntut penambahbaikkan dipihak kerajaan.
Jika Musa menggunakan isu peruntukkan untuk mematikan hujah Jeffrey Kitingan, gambar diatas juga sudah cukup untuk mematikan hujah Musa Aman kononnya beribu-ribu juta telah disalurkan kepada Sabah.. Rakyat tetap akan timbulkan persoalan samada masalah itu disebabkan oleh kekurangan peruntukkan dari kerajaan pusat ataupun ada dikalangan pemimpin umno/BN Sabah yang telah merompak peruntukkan itu untuk kepentingan sendiri..
Mungkin memang benar Musa Aman amat takut dengan Jeffrey Kitingan kerana skandal rasuah beliau pernah didedahkan oleh Jeffrey melalui artikel "81 dalil kenapa Musa Aman perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah".. Dalam 81 dalil yang difailkan Jeffrey terhadap Musa, turut didedahkan adalah skandal projek jalanraya yang diberikan kepada syarikat Globinaco tanpa melalui tender terbuka.. Mungkin sebab itulah Musa Aman seakan meroyan dan tiba-tiba mencelah bila Jefrrey Kitingan menyebut "jalanraya"..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.