Sekiranya Hudud di laksanakan, ini bermakna Perlembagaan Malaysia tidak lagi supreme dan rakyat Sabah/Sarawak berada dalam ketiadaan jaminan dalam Persekutuan Malaysia..
Hudud bukanlah isu yg telah dipersetujui bersama oleh PKR, DAP dan PAS dalam penentuan halatuju negara. Bermakna, ahli2 Parlimen dari PKR dan DAP bebas utk menyatakan pndangan masing2 mengenai Hudud.
YB Darell Leiking berpendapat bahawa walaupun perlaksanaan Hudud hanya akan dilakukan di Kelantan, isu yg lebih besar ialah mengenai 'sanctity' dan 'supremacy' Perlembagaan Malaysia.
Ada sebabnya mengapa pemimpin lalu Malaysia tidak mahu menggunakan undang2 Hudud dlm kanun jenayah meskipun Parlimen dan Kerajaan pada masa itu juga dikuasai oleh pemimpin2 beragama Islam.
Lebih penting lagi, Sabah/Sarawak mesti membuat tekanan yg lebih kuat mengenai 20/18 Perkara dan IGC yg menjamin hak2 dan keistimewaan kedua-dua negeri ini dalam Persektuan Malaysia kerana sekiranya Hudud di laksanakan, ini bermakna Perlembagaan Malaysia tidak lagi supreme dan rakyat Sabah/Sarawak berada dalam ketiadaan jaminan dalam Persekutuan Malaysia..
Komen Pembaca:
Penampang PR Supporters Club - The Volunteers For CHANGE Perkara utama bukanlah mengenai Hudud itu utk org Islam shaja.. ataupun Hudud tidak boleh dipraktikkan di Sabah kerana 20 Perkara.. lebih dari itu, perlaksanaan Hudud akan menunjukkan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak akan mampu lagi mempertahankan hak dan keistimewaan rakyat Sabah/Sarawak dlm konteks 'Persekutuan'..
Perlembagaan Malaysia sudah mempunyai Kanun Undang2 Jenayah yang mentadbir penghukuman jenayah mencuri (juga termasuk org Islam) tetapi Hudud akan menyebabkan Perlembagaan Malaysia ini dicabar kerana Hudud juga akan memberi penghukuman terhadap kesalahan mencuri setaraf dengan Perlembagaan Malaysia...
sekiranya Perlembagaan Malaysia disamakan ataupun direndahkan tarafnya berbanding Hudud, maka Perlembagaan Malaysia tidak akan bererti lagi kepada rakyat Sabah dan Sarawak..
Jagoan Sabah Ngam... come on. Tidak kira undang2 mana pun, sama juga pelaksana tu manusia. You think it will be perfect just because you say it's god's law? Sedangkan fatwa pun berlainan between places. Put religion as a reason to control the masses, you think it will not affect others? Sdgkan skrg pun asyik menjaga sensitiviti certain groups, apa lagi bila ada authority.. Day dreaming is it? Sooner or later, it will affect the non-muslims, because when it comes to "superiorityzing" religion's law, there will be a bunch of bigots and zealots who want to apply their authority/power onto others by reason of 'deity's law' which are supposed to be (kononnya) undang2 tertinggi dan harus diaplikasi kepada seluruh dunia. Even now, you can see how arrogant these bigots are. You think when they have power, it will not be misused? Pelaksana tetap manusia, apa beza? Skrg bukan hudud kan, tapi syariah tetap juga buat keputusan2 yang menyebelahi pihak dia. Tinguk kes Deepa, kes Pitas' conversion, patung buddha and hindu, penggunaan Allah and even BM, rampasan Bible.. itu baru sikit.. And itu belum lagi syariah ada kuasa penuh, pun ada masalah sdh kan? Human is human, manusia tetap manusia, klu skrg pun undang2 bulih dimanipulasi, what makes you think it will not in hudud? It will be even worse, because the basis of your reasoning after that will "Datang Dari Tuhan". And when it comes to rulers, there will alwaaaays be screw up, no matter what.. Dont tell us "hudud hanya utk islam", ya, theoretically true, any assurance on the praticality that it will not affect the non-muslims? What next? Religious officers (not god) are more powerful than the police force, judge, lawyers? It's also a matter of principles, NO religion is superior to others..! NONE!! You dont need formal and written religious constitution to tell you how to live according to your belief, it's already written in your religious book. And yet, still you dont abide by it.. ada beza meh? Religion is FAITH, not FEAR! And this goes to ALL religion.. I dont care if it's Islamic law, Christian's law or any kind of law, as long as it has anything to do with religion, it should NEVER be applied to the masses. Keep your religion to yourself. You say it's God's law? Well then, ask Him to smite the felon, say with lightning? To err is human.
Penampang PR Supporters Club - The Volunteers For CHANGE Mula2 mereka kata hukum hudud tidak membabitkan non Muslim, tetapi lama kelamaan pandai merayap membabitkan non Muslim, Lihat la sekarang pun, yg Muslim pun mau campur tangan tentang agama lain, seperti patung Buddha dan Hindu mereka katakan haram disisi islam, dan tidak sepatutnya dibuat di tempat yg dpt dilihat oleh org awam, lama kelamaan non Muslim pun akan di paksa utk mengikuti hukum hudud.
Mike Jagger Mula2 isu bangsa, lepas tu agama, penggunaan Allah dan hukum hudud..... islam itu indah tidak mengajar umatnya untuk berbuat jahat dan menindas agama atau bangsa lain. AKAN TETAPI ITU SEMUA OMONG KOSONG BUKA MATA BUKA HATI apa yg terjadi disekeliling kita tak payah jauh keluar negara mau tengok. INGAT kami bukan nya tunggul takut tak berani lawan demi agama kami, sebab agama sy tak ajar utk berbuat buruk terhadap agama lain mahupun bangsa lain. Sy tahu agama kamu sangat sensetif.... jangan ingat kami pun tidak. Ps: saya asal sarawak keluarga berbilang bangsa dan agama termasuk muslim hidup kami aman dan damai no problem. "KEEP YOUR RELIGION TO YOURSELF" TQ
Izhizm Zwoots Im muslim, but no hudud in sabah and sarawak! Bagi mereka yg bertekad mahukan hudud siapa akan melaksanakan hudud pada golongan berkuasa? Adakah raja, km dan menteri terkecuali dr hudud?
Awang Hasbullah Saya mengambil pandangan dari 2 sudut. Mengapa banyak penolakan terhadap hudud datang dari non muslim sebabnya mereka kurang yakin akan sistem perlaksanannya dalam negara majmuk. Sebab keduanya, umpama mendiang karpal singh & saudara darell ini merupakan peguam yang arif mengenai perlembagaan negara. Apabila British meninggalkan tanah melayu, sabah & sarawak, british meninggalkan syarat yg dipersetujui semua kaun iaitu penggunaan pakai udg2 sivil mengatasi undang2 lain. Hanya apabila berkaitan umat islam dalam aspek tertentu maka undang2 syariah digunapakai. Dalam masa sekarang pun sudah wujud konflik antara 2 mahkamah sivil & syariah, khususnya dlm isu perkahwinan & penukaran agama anak. Kesimpulannya, walaupun hudud hanya untuk umat islam tetapi tiada siapa pun sehingga kini berani menampilkan satu bentuk sistem yg benar-benar dapat memastikan ia dapat dijalankan secara adil tanpa melibatkan umat bukan islam. Bezanya, di kalangan pakatan rakyat, ada usaha untuk melaksanakannya tetapi secara berperingkat dan di tempat majoriti islam yang mahukannya sahaja. Di sebelah pihak parti yg satu lagi sudah menolak mentah-mentah hukum hudud. Oleh kerana Malaysia ini sebuah negara majmuk dan perlembagaan negara mengatasi undang2 lain, maka walaupun sukar, kita ucapkan tahniah kepada pakatan rakyat kerana berusaha mempertahankan apa yg patut & membenarkan apa yg sesuai mengikut tempat.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.