Mampukan negara mengekang ancaman?

Wednesday 9 April 2014

Mereka ini seperti hanya menunggu arahan dari pihak atasan ketika berdepan ancaman..


Persembahan terburuk pegawai kanan Malaysia ketika sidang akhbar MH370 ialah daripada angkatan tentera Malaysia. Penguasaan Bahasa Inggeris mereka lemah dan tidak tahu maklumat apa yang perlu dikongsi dengan wartawan serta orang ramai. Kenyataan mereka bercanggah antara satu sama lain.

Anggota pakaian seragam termasuk yang berpangkat tinggi tidak mempunyai inisiatif bagi bertindak apabila berdepan ancaman. Mereka ini seperti hanya menunggu arahan dari pihak atasan.

Kita membaca tentang wira dari kalangan anggota polis, tentera, tentera laut dan udara. Tidak lupa juga orang awam yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir menentang komunis yang diterajui Chin Peng. Ada di antara mereka yang masih hidup dan menjadi ikon keberanian berdepan musuh negara.

Mereka dianugerahkan pingat SPPGB, PGB dan sebagainya. Mereka bertarung menggunakan naluri dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Tidak perlu bagi mereka menunggu arahan dari pihak atasan ketika berdepan ancaman.

Apa yang sudah jadi kepada jeneral kita hari ini? -- Hussaini Abdul Karim

Komen ini berdasarkan artikel “Mahathir’s evil birds have come home to roost” tulisan Mariam Mokhtar

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.